10 research outputs found

    Batuan impak meteorit: bukti penggunaan bahan mentah bagi masyarakat Paleolitik Pleistosen Pertengahan

    Get PDF
    Ekskavasi yang dijalankan di bahagian barat Kompleks Paleolitik Bukit Bunuh pada 2008-2010 telah menemukan sebuah bengkel pembuatan alat batu Paleolitik. Pentarikhan melalui OSL menunjukkan tapak ini telah dihuni sekitar 270,000 – 320,000 dan 490,000-550,000 tahun dahulu. Berdasarkan analisis litik, didapati kesemua bahan mentah yang digunakan sebagai artifak batu adalah daripada batuan impak meteorit.Batuan tersebut adalah terhasil daripada hentaman meteorit yang berlaku sekitar 1.83 juta tahun dahulu iaitu metakuarza, metakuarzit, metasedimen kerijangan dan suevit. Batuan-batuan tersebut mempunyai sifat kekerasan yang terlalu tinggi iaitu menghampiri skala mohs 9 - 9.5. Malah, sifat keras batuan tersebut dan teksturnya yang halus akibat pencairan semula batuan asal menjadikan mata tepi alat batunya amat tajam dan tahan lama.Masyarakat tersebut juga didapati memilih bahan mentah yang berbeza untuk digunakan sebagai alat batu dan peralatan batu. Peralatan batu seperti batu pelandas banyak diperbuat daripada batuan suevit, manakala batu pemukul dipilih daripada batuan suevit dan kuarza. Kebanyakan alat batu pula dipilih daripada batuan metasedimen kerijangan dan metakuarzit. Ini menunjukkan masyarakat Paleolitik di Bukit Bunuh membuat penelitian yang terperinci dalam memilih kesesuaian bahan mentah dengan fungsinya dalam penghasilan alat batu.Mereka juga lebih cenderung untuk menggunakan sumber yang terbaik dalam mendapatkan bentuk repehan yang diingini. Penemuan ini adalah sangat penting kepada geoarkeologi dan geowarisan negara dan dunia kerana ini adalah satu-satunya bukti di dunia masyarakat Paleolitik menggunakan bahan mentah batuan impak meteorit di dalam industri alat batu mereka

    Tapak Paleolitik Bukit Bunuh, Lenggong, Perak : isu dan masalah dalam pentarikhan

    Get PDF
    Bukit Bunuh telah ditemui melalui projek khas pemetaan tapak-tapak arkeologi baru dan paleoalam di sekitar kawasan Lenggong pada tahun 2001. Bukit Bunuh merupakan tapak Paleolitik terbuka yang keluasannya mencapai 3 km2. Pentarikhan di Bukit Bunuh melibatkan dua kajian utama iaitu arkeologi dan geologi. Pentarikhan ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kronometrik seperti OSL, FT, ESR, K-Ar, U-Pb dan 40Ar-39Ar. Pentarikhan OSL dilakukan di dalam kajian arkeologi di Bukit Bunuh yang mana telah memberikan usia 490,000- 500,000; 270,000-320,000; 40,000 dan 30,000 tahun dahulu. Teknik pentarikhan ini dilakukan pada lapisan kebudayaan in-situ di dalam petak ekskavasi yang telah berlangsung pada tahun 2001, 2003, 2008 dan 2010. Namun menurut kajian julat usia untuk teknik pentarikhan OSL adalah sekitar 450,000 tahun dahulu. Pentarikhan untuk kajian geologi pula telah dilakukan terhadap batuan impaktit di Bukit Bunuh untuk menentukan usia impak meteorit yang telah berlaku di kawasan tersebut. Pentarikhan melalui kaedah FT terhadap alat batu dalam batuan suevit memberikan tarikh sekitar 1.83 juta tahun dahulu. Namun begitu, beberapa kaedah lain yang digunakan seperti ESR, K-Ar, U-Pb dan 40Ar-39Ar telah memberikan usia yang berbeza dan jauh lebih tua iaitu sekitar ~305 hingga 1.34 juta tahun dahulu yang mana menunjukkan usia batuan dasar di kawasan kajian seperti usia batuan granit Trias. Namun jumpaan alat batu dalam suevit telah mencadangkan bahawa usia impak meteorit yang berlaku di Bukit Bunuh tidak berkemungkinan lebih tua daripada zaman Kuaterner. Maka makalah ini, akan mengupas isu dan masalah yang berlaku dalam kajian pentarikhan terutama bagi julat usia berkesan teknik pentarikhan yang digunakan di samping kekangan yang dihadapi oleh teknik pentarikhan tersebut. Pentarikhan yang berjaya dilakukan akan mengisi rompong usia dan memberikan sumbangan dalam kronologi prasejarah di Kompleks Paleolitik Bukit Bunuh

    Geological, geoarchaeological, biological, and historical heritage of Lenggong geopark development

    Get PDF
    The Lenggong Valley is uniquely significant in national and international geological heritage and was declared a UNESCO Archaeological Heritage Site in 2012. The Lenggong Valley was formed 550 million years ago. It is one of the oldest in Peninsular Malaysia, equivalent to the rock formations in Langkawi and Jerai. The geological evolution in the Lenggong Valley also produced biodiversity and the history of early human prehistoric to the present time. Due to this privilege, the Lenggong Geopark nomination development effort started in 2020 by forming the Geopark Promotion and Development Committee. Lenggong Geopark covers an area of 2,068 km2 (enclosed by the boundaries of the Lenggong Parliament). A total of 27 geosites have been identified, depicting four important geological and historical tectonic evolutions and special geomorphic features in the Lenggong Valley. Eight biosites are still preserved, involving granite mountain, limestone, and lowland ecosystems covered by different forest types. It is the limestone hills that contain a large number of rare and endemic flora species. In addition, eight geoarchaeological sites were also identified that depicts the interaction between early humans and the geological landscape. The unique and preserved traditions of life, art and culture have added value to the geopark. Therefore, active efforts continue to be carried out in the development of geosites and programs with the local community to foster a high sense of pride and belonging to a place, in addition to an understanding of the preservation and conservation of natural and cultural heritage in Lenggong Geopark. Various activities based on tourism activities are also planned to stimulate the economy and introduce Lenggong as the second national geopark area in the State of Perak

    Faktor Kesukaran dalam Proses Memodelkan Sebuah Tapak Arkeologi Menerusi Pendekatan Geospatial

    Get PDF
    Selama bertahun-tahun, ahli arkeologi telah bergantung pada peta dan analisis ruangan untuk memahami taburan artifak dan ciri di seluruh tapak arkeologi secara visualisasi. Walau bagaimanapun, pengenalan foto udara, penderiaan jauh digital, sistem maklumat geografi (GIS) dan sistem keletakan global (GPS) telah menyediakan ahli arkeologi dengan alat canggih untuk menganalisis dan menggambarkan taburan dan data arkeologi dengan cara yang inovatif. Oleh yang demikian, analisis geospatial telah mendapat pengiktirafan yang penting sebagai salah satu alat untuk membantu ahli arkeologi. Dengan menyepadukan foto udara, penderiaan jauh, GIS dan GPS ke dalam penyelidikan mereka, ahli arkeologi kini dapat menganalisis kuantiti data yang besar dalam masa yang sama memahami peranan ruangan. Ini telah membolehkan mereka memperoleh pandangan baru tentang taburan dan corak ciri arkeologi tersebut. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji faktor kesukaran dalam proses memodelkan sebuah tapak arkeologi menerusi pendekatan geospatial. Antara faktor kepelbagaian yang menimbulkan kesukaran dalam proses memodelkan tapak arkeologi adalah tapak arkeologi, persekitaran, tingkah laku atau kelakukan dan faktor teknikal. Dengan kemajuan teknologi, pendekatan geospatial merupakan kaedah terbaik untuk penyelidikan arkeologi manakala ahli arkeologi perlu berhati-hati dan menimbang faedah dan cabaran yang berkaitan dengan analisis geospatial, memastikan kaedah ini digunakan secara berhemah dan beretika

    Kajian Paleoalam Lembah Lenggong Semasa Zaman Pleistosen Berdasarkan Perspektif Palinologi Dan Geomorfologi

    Get PDF
    Kajian ini melibatkan tapak-tapak Paleolitik di Lembah Lenggong. Kesemua tapak Paleolitik ini adalah jenis tapak terbuka di endapan kelikir fluvial yang berusia Pleistosen Pertengahan hingga Akhir. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan paleoalam dan iklim zaman Paleolitik di Lembah Lenggong serta kaitan tapak-tapak Paleolitik ini dengan Sungai Perak kuno. Oleh kerana itu kajian ini akan melibatkan aktiviti survei, pemetaan, kajian geomorfologi dan pengambilan sampel tanah untuk analisis makmal

    Kajian Paleoalam Lembah Lenggong Semasa Zaman Pleistosen Berdasarkan Perspektif Palinologi Dan Geomorfologi

    No full text
    Kajian ini melibatkan tapak-tapak Paleolitik di Lembah Lenggong. Kesemua tapak Paleolitik ini adalah jenis tapak terbuka di endapan kelikir fluvial yang berusia Pleistosen Pertengahan hingga Akhir. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan paleoalam dan iklim zaman Paleolitik di Lembah Lenggong serta kaitan tapak-tapak Paleolitik ini dengan Sungai Perak kuno. Oleh kerana itu kajian ini akan melibatkan aktiviti survei, pemetaan, kajian geomorfologi dan pengambilan sampel tanah untuk analisis makma

    Evolution of the “ancient Kedah”: A study on urban forms at Sungai Batu Archaeological Complex (SBAC), Bujang Valley, Kedah, Malaysia

    No full text
    Archaeological research at the Sungai Batu Archaeological Complex (SBAC), which has been carried out until 2023, aims to complete the chronological data and urbanization process of the ancient Kedah. This study will especially prove that the ongoing urbanization process is aimed at developing the iron smelting industry and trade in ancient Kedah, especially in SBAC. This is because archaeological research at SBAC has proven that with the existence of the ancient Kedah iron smelting workshop at SBAC, river jetties, port management, rituals, and Buddhist monuments began to be erected, all of which can be determined by chronometric dating. The results of the chronometric dating have proven that the ancient Kedah Kingdom existed since the 6th century BC and was oriented towards the trade of iron resources, which allowed the use of the area to grow rapidly. The process of urbanization and land use clearly conforms to Lynch's principle, which emphasizes the principles of 1) paths, 2) edges, 3) districts, 4) nodes, and 5) landmarks in the development process of land use and urbanization in the complex

    X-Ray Fluorescence (XRF) analysis of iron ore at ancient Kedah iron smelting site, Sungai Batu archaeological complex, Bujang Valley, Kedah, Malaysia

    No full text
    Archaeological excavations carried out on 17 iron smelting workshops at the Sungai Batu Archaeological Complex have found the raw materials of iron industry (hematite, magnetite and geotite) with iron slag, tuyere, remains of furnace, and iron ingots. In order to obtain primary data related to the location of the raw materials of iron smelting obtained, the survey and mapping activities were carried out using geological maps and Sungai Petani maps around UiTM Merbok, Bukit Inas, Merbok, Batu 5 Village, Paya Suri Village and Ayer Nasi Hill, Semeling. The results of the iron ore survey were then subjected to scientific analysis to compare the mineral composition with the findings of iron ore at the iron smelting site. The results of X-Ray Fluorescence (XRF) analysis of iron ore for major elements reveal the elements silica oxide (SiO₂), iron oxide (FeO₊), manganese oxide (MnO), calcium oxide (CaO), aluminum oxide (Al₂O₃) and titanium oxide (TiO₂) as well as arsenic (As), Chlorine (Cl), copper (Cu), scandium (S), vanadium (V) and zinc (Zn) for trace elements clearly show the raw material of iron smelting in the Archaeological Complex Sungai Batu is from the same source. Based on the analysis of the raw materials of iron smelting to enable the iron smelting industry in the Archaeological Complex to take place is taken from a distance of 1–11 km from this complex

    Faktor kesukaran dalam proses memodelkan sebuah tapak arkeologi menerusi pendekatan geospatial

    corecore