4 research outputs found

    Descent groups among cognatic societies: the Dusun tribes of Inland Sabah/North Borneo

    Get PDF
    In the following discussion, the authors present a comparison of various societies in Borneo which includes for the first time a society that features descent groups. The claim that the Dusun society of the Upper Labuk River in inland North Borneo or Sabah possesses descent groups is one that has yet to be acknowledged in the wider Borneo literature. Descent groups are typically representative of some form of lineally ordered kinship system. Claims that unilineal or ambilineal kinship systems might exist in Borneo have been greeted with little interest, with caution or sometimes with outright rejection. By comparing the social groups produced by the Dusun society of the Upper Labuk River against the social groups produced by the more typical cognatic societies of Borneo, we are putting forward the claim that kinship systems are, at least in this region, a matter of great importance to the kind of social groups that are subsequently produced. The authors are not, however, claiming that lineally ordered kinship systems are in and of themselves able to produce structurally stable groups. Although the following discussion does necessarily refer to one model of tribal organisation derived from a lineally ordered society in Africa, it goes on to show that the lineally ordered Dusun tribes of Borneo were uniquely a product of local arrangements established for the purpose of accommodating a native customary law prohibiting marriages between close cousins

    Asal-usul Kampung Nelumad: Analisis dari Perspektif Mitos dan Legenda Masyarakat Dusun di Ranau, Sabah

    Get PDF
    Asal usul nama sesuatu tempat walaupun boleh diterangkan berdasarkan sejarah samada melalui bukti catatan bertulis mahupun melalui sejarah lisan, tetapi nama sesuatu tempat atau kampung khususnya dalam masyarakat di Sabah seringkali dikaitkan dengan unsurunsur mitos dan legenda rakyat. Unsur-unsur mitos dan legenda rakyat merupakan elemen yang penting dalam kebudayaan sesebuah masyarakat dan berperanan membentuk solidariti dan nilai kolektif yang dikongsi bersama setiap ahlinya. Objektif kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menerangkan asal-usul Kampung Nelumad melalui sejarah lisan dan juga menjelaskannya dalam konteks mitos dan legenda rakyat setempat. Hasil kajian yang diperoleh menggunakan kaedah temu bual menunjukkan kampung Nelumad telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan British lagi. Penduduk awal kampung Nelumad adalah daripada dua keturunan iaitu keturunan Gimbukon dan keturunan Kumantan dan kedua-dua keturunan keluarga ini telah berkembang dan mempunyai tujuh generasi keturunan sehingga kini. Asal-usul nama kampung Nelumad pula adalah berdasarkan dua versi sumber iaitu versi pertama berdasarkan pertemuan antara dua sungai dan versi kedua adalah berdasarkan kisah pemburu yang menemui kanak-kanak berhampiran dengan sungai. Selain itu, Nelumad juga dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu Notuhan, Dantaion dan Lakang yang juga terbentuk atau dinamakan berdasarkan peristiwa alam sekitar dan cerita mitos serta legenda rakyat setempat

    Asal-usul Kampung Nelumad: Analisis dari Perspektif Mitos dan Legenda Masyarakat Dusun di Ranau, Sabah

    Get PDF
    Asal usul nama sesuatu tempat walaupun boleh diterangkan berdasarkan sejarah samada melalui bukti catatan bertulis mahupun melalui sejarah lisan, tetapi nama sesuatu tempat atau kampung khususnya dalam masyarakat di Sabah seringkali dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda rakyat. Unsur-unsur mitos dan legenda rakyat merupakan elemen yang penting dalam kebudayaan sesebuah masyarakat dan berperanan membentuk solidariti dan nilai kolektif yang dikongsi bersama setiap ahlinya. Objektif kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menerangkan asal-usul Kampung Nelumad melalui sejarah lisan dan juga menjelaskannya dalam konteks mitos dan legenda rakyat setempat. Hasil kajian yang diperoleh menggunakan kaedah temu bual menunjukkan kampung Nelumad telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan British lagi. Penduduk awal kampung Nelumad adalah daripada dua keturunan iaitu keturunan Gimbukon dan keturunan Kumantan dan kedua-dua keturunan keluarga ini telah berkembang dan mempunyai tujuh generasi keturunan sehingga kini. Asal-usul nama kampung Nelumad pula adalah berdasarkan dua versi sumber iaitu versi pertama berdasarkan pertemuan antara dua sungai dan versi kedua adalah berdasarkan kisah pemburu yang menemui kanak-kanak berhampiran dengan sungai. Selain itu, Nelumad juga dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu Notuhan, Dantaion dan Lakang yang juga terbentuk atau dinamakan berdasarkan peristiwa alam sekitar dan cerita mitos serta legenda rakyat setempat
    corecore