6 research outputs found

    Al–Arqam & ajaran Aurad muhammadiah satu penilaian

    Get PDF
    Buku ini membincangkan secara tuntas sejarah penubuhan dan perkembangan al–Arqam serta doktrin ajaran Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan kumpulan ini. Sepanjang kepimpinan Asaari sebagai Sheikhul Arqam (1968–1994), pelbagai kontroversi timbul hingga membawa pengharaman al–Arqam pada tahun 1994. Tidak berhenti setakat itu, pengharaman ini sekali gus menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat tentang apa itu Aurad Muhammadiah dan adakah doktrin ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Selain itu, buku ini turut membincangkan perkara–perkara kontroversi yang diamalkan oleh al–Arqam seperti poligami dan Majlis Yaqazah serta dakwaan-dakwaan terkini oleh Asaari Mohammad

    Fatwa: keberkesanannya memerangi ajaran sesat di Malaysia

    Get PDF
    Buku ini membincangkan tentang fatwa dan peranannya berkaitan sesuatu hukum terutamanya dalam memerangi ajaran sesat di Malaysia. Turut dibincangkan kedudukan dan prosedur Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam mengeluarkan fatwa berkaitan ajaran sesat. Maklumat tentang fatwa ini perlu disebarluaskan untuk pengetahuan masyarakat Islam khususnya di Malaysia bagi membolehkan masyarakat mengetahui kedudukan sesuatu ajaran itu di sisi Islam agar mereka tidak cenderung akhirnya menjadi salah seorang daripada pengikut ajaran tersebut. Buku ini juga mengetengahkan persepsi masyarakat Islam daripada segenap lapisan masyarakat terhadap fatwa dan agensi fatwa yang terbabit

    Penyelewengan ajaran Qadiani

    Get PDF
    Ajaran Qadiani banyak disandarkan kepada dakwaan palsu yang dibuat oleh pengasasnya Mirza Ghulam Ahmad. Semua dakwaan Mirza nyata menyalahi metodologi ilmu Islam. Ulama-ulama Islam telah menyelar Mirza dengan fatwa ajaran ini terkeluar dari akidah Islamiah dan para pengikutnya merupakan mereka yang telah terpesong dari Islam. Di Malaysia, Qadiani dikenali sebagai Jemaat Ahmadiyah Malaysia yang berpusat di Baitussalam, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah menfatwakan ajaran yang dibawa oleh Jemaat Ahmadiyah ini terkeluar daripada akidah Islam, namun Jemaat ini masih lagi aktif. Ini kerana Jemaat Ahmadiyah berpendapat, mereka bebas menjalankan aktiviti keagamaan mereka sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan negara. Dengan mengetengahkan sejarah kelahiran, perkembangan, faktor penerimaan masyarakat, doktrin pegangan Jemaat Ahmadiyah serta pandangan Islam terhadapnya, maka diharapkan buku ini dapat dijadikan panduan oleh masyarakat, dan sekaligus mampu menjawab persoalan berkaitan dengan ajaran Jemaat Ahmadiyah yang diajukan oleh masyarakat awam

    Penguatkuasaan undang-undang ke atas ajaran salah: satu analisis

    No full text
    Kajian mendapati terdapat beberapa peruntukan berkaitan akhlak dalam Undang-undang Jenayah Syariah yang boleh menjadi benteng utama dan digunakan bagi tujuan menangani masalah keruntuhan akhlak. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan terhadap peruntukan tersebut perlu dilakukan secara serius bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya

    Tamadun Islam & tamadun asia

    Get PDF
    Buku ini merupakan himpunan hasil penulisan bersama para pensyarah Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran TITAS. Buku ini terbahagi kepada lima bab. Bab 1 membincangkan tentang Pengenalan Ilmu Ketamadunan dari segi konsep tamadun; hubungan tamadun dengan agama, budaya, dan bangsa; ciri-ciri asas tamadun; objektif kursus ketamadunan; teori kelahiran, perkembangan, dan keruntuhan tamadun; interaksi antara pelbagai tamadun serta persamaan dan perbezaan antara tamadun. Bab 2 pula menumpukan kepada Tamadun Islam, iaitu dari segi konsep tamadun dalam Islam; sumber; asas dan matlamat Tamadun Islam; pandangan semesta Islam; dan ciri-ciri Tamadun Islam. Selanjutnya, Bab 3 memfokuskan kepada Tamadun Asia yang merangkumi Tamadun Melayu, China, dan India di mana fokus perbincangan adalah berkaitan dengan kelahiran, perkembangan, dan pencapaian serta pengaruh Islam dalam tamadun tersebut. Isu-isu Semasa Ketamadunan yang meliputi hegemoni Barat, globalisasi, Islam dan hak asasi manusia, Islam dan alam sekitar, konsep jihad dalam Islam, dialog peradaban, Islam dan dialog peradaban serta pendekatan dialog dalam 1Malaysia dibincangkan dalam Bab 4. Bab 5 merupakan bab penutup yang membincangkan tentang ilmu Islam tersebar ke Barat dan harapan sinar peradaban Islam

    Cardiovascular Disease Prediction from Electrocardiogram by Using Machine Learning

    No full text
    Cardiovascular disease (CVD) is the leading cause of deaths worldwide. In 2017, CVD contributed to 13,503 deaths in Malaysia. The current approaches for CVD prediction are usually invasive and costly. Machine learning (ML) techniques allow an accurate prediction by utilizing the complex interactions among relevant risk factors. This study presents a case–control study involving 60 participants from The Malaysian Cohort, which is a prospective population-based project. Five parameters, namely, the R–R interval and root mean square of successive differences extracted from electrocardiogram (ECG), systolic and diastolic blood pressures, and total cholesterol level, were statistically significant in predicting CVD. Six ML algorithms, namely, linear discriminant analysis, linear and quadratic support vector machines, decision tree, k-nearest neighbor, and artificial neural network (ANN), were evaluated to determine the most accurate classifier in predicting CVD risk. ANN, which achieved 90% specificity, 90% sensitivity, and 90% accuracy, demonstrated the highest prediction performance among the six algorithms. In summary, by utilizing ML techniques, ECG data can serve as a good parameter for CVD prediction among the Malaysian multiethnic population
    corecore