2 research outputs found
Potensi Arkeopelancongan Gua Pelangi Jelebu Negeri Sembilan
Kajian di peringkat sarjana ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi arkeopelancongan di Gua Pelangi, Jelebu, Negeri Sembilan dengan tiga objektif iaitu untuk mengenalpasti tahap pengetahuan komuniti di sekitar Gua Pelangi tentang tapak ini dan kaitannya dengan arkeopelancongan, mengenalpasti tahap kesediaan komuniti di sekitar Gua Pelangi untuk menjadikannya sebagai produk pelancongan ikonik, dan menentukan hala tuju arkeopelancongan Gua Pelangi berdasarkan perbandingan dengan pelancongan gua yang telah diiktiraf di seluruh dunia. Kajian telah melibatkan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitaf melalui temubual, pengedaran borang soal selidik kajian rintis dan kajian sebenar. Data kajian sebenar terhadap 300 responden telah dianalisis dengan kaedah SPSS versi 12.0 dan PLS-SEM 2.0. yang melibatkan analisis demografi, ujian kebolehpercayaan, analisis kekerapan dan peratus untuk setiap 24 item dan dipersembahkan dalam bentuk histogram, analisis faktor, analisis SWOT dan Business Canvas Model. Umumnya kajian mendapati arkeopelancongan Gua Pelangi adalah sangat berpotensi untuk dibangunkan. Kejituan (nilai ɑ, faktor pemuatan, AVE, CR, R² dan Korelasi Pearson) 24 item soal selidik tentang tahap pengetahuan dan kesediaan komuniti menunjukkan komuniti setempat bersetuju Gua Pelangi menjadi satu produk arkeopelancongan
ARCHAEOLOGICAL EVIDENCE OF GUA PELANGI, JELEBU, NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA: ITS POTENTIAL AS A HERITAGE TOURISM SITE
Archaeological studies conducted in Gua Pelangi, Negeri Sembilan have been able to find an early civilization
aged between 14,000 to 9,000 thousand years ago which was used as a shelter from hot rain and wild animals, in addition to
making stone tools and food preparation. The interpretation was based on the findings of 299 lithic artifacts, 52,929 faunal
remains and evidence of burning such as ash, charcoal and burning sediments that are still in situ have been recorded. This
site is also used as a workshop for the manufacture of stone tools with the presence of hammer stone, cores, anvil, flake,
chopper and debitage. Analysis of the fauna remains found clearly shows that this community hunts and collects terrestrial,
arboreal/semi-arboreal and aquatic/semi-aquatic vertebrate animals and mollusk shells. Based on the scientific evidence,
ecotourism activities involving cave exploration, pioneering and jungle trekking, camping, limestone hill climbing, cooking
demonstrations in the forest and visits to local community villages have been carried out. This shows that efforts to develop
Gua Pelangi into a tourism product have begun and this is able to develop the economy of the local community in the area