79 research outputs found
Waste Scavenging and Its Contribution for Survival and Urban Recycling in Kota Kinabalu City, Sabah, Malaysia
 High generation of solid waste has been identified as one factor contributing to the world’s environmental problems, and the decrease in suitable landfill sites and scarcity of natural resources is creating greater demand for remanufacturing and reuse. This study aims to examine the contribution and issues embedded in scavengers group to achieved high rate of recycling in waste management program. In order to answer the research objective, this research utilized in-depth interviews conducted with scavengers group. This study revealed scavenging activity is an important element in waste management with positive impact on the economic and environment. Therefore, to support this, the scavengers group need to be part of the government’s attempt to realise its recycling objectives
Pengurusan sisa pepejal (sampah sarap ): MPKK (69/98)
Projek ini merupakan penelitian awal mengenai proses pengendalian sampah oleh MPKK (Majlis Perbandaraan Kota Kinabalu) di dalam kawasan kadarannya yang merangkumi kawasan Tg Aru hingga ke Inanam (Iampiran 1). Kajian ini. dijalankan selama lebih kurang setahun dan tumpuan kajian dilakukan di
pejabat MPKK. Data di perolehi dengan menggunakan beberapa kaedah antaranya ialah lawatan dan pemerhatian ke pejabat MPKK, temuramah dan penelitian data sekunder. Melalui kaedah yang digunakan ini, pengkaji telah dapat maklumat yang dirasakan perJu untuk menyudahkan kajian ini. Oleh yang
demikian laporan yang diberikan ini banyak bergantung kepada data-data yang diperolehi melalui kaedah tersebut.
Hasil dari kajian yang dijalankan beberapa perkara dapat di utarakan bagi memberikan gambaran sebenar keadaan yang berlaku. Kajian ini mendapati pihak MPKK telah menjalankan pengurusan sampah menurut peruntukan undang-undang yang diberikan. Oleh itu setiap tindakan yang dijalankan sedikit
sebanyak adalah mengikut peruntukan yang telah disediakan. Walaupun kajian ini dijalankan setelah pihak MPKK menswastakan, namun tumpuan masih
Dari kajian dan penelitian yang dijalankan pihak MPKK seperti juga badan kerajaan negeri yang lain, mereka mempunyai carta organisasi yang tersendiri untuk mengurus dan mentadbir sampah yang terdapat disekitar perkadaran pihak majlis. Sahagian ini diletakkan di bawah pengurusan bahagian
Perkhidmatan bandar dan di dalam bahagian ini terdapat beberapa unit yang mempunyai pertalian khusus dengan hal ehwal kebersihan.
Pengoperasian pemungutan sampah bagi setiap kawasan seperti kawasan kediaman, komersil dan sekitar bandar, mempunyai jadual yang telah ditetapkan. Dengan menggunakan kenderaan yang sedia ada iaitu sebanyak 27 buah dari jenis refuse track atau compacter, pihak majlis seta kat ini telah dapat
menjalankan aktiviti memungut sampah dengan sebaiknya. Umumnya masa pengumpulan adalah dari jam 2.00 am hingga 11.00 pm
Waste management, public participation, Sabah Introduction
The increase in world population will cause impact on solid waste. This impact is mostly felt by local authorities. Therefore, cooperation with other stakeholders is essential to ensue that municipal solid waste plan works perfectly. Among the most important element is the involvement of public society. This study aimed to introduce waste recycling in the city. In this study, questionnaire was used to achieve the objectives stated. The study found that residents in the study area are not satisfied on the services provided by the municipal. Furthermore, people in the study area „refuse? to engage actively in the recycling activities. This is because they are not motivated and did not realize the benefits to the environment. Thus, the provision of adequate infrastructure is essential. It can help people to change lifestyles to a more environmentally friendly. Municipal level planning should emphasize methods to increase motivation to carry on recycling.
Keywords: Waste management, public participation, Sabah Introduction
The increase in the world population and industrialisation of more cities mean that managing the waste produced by city inhabitants is a complex issue due not only to the increasing volume of waste through high material consumption but also to the changing characteristics of waste and uncertainty regarding uncontrolled dumping and overflowing landfills. This is especially significant for many cities in the developing world, where populations and economies are rapidly expanding but the infrastructure necessary to manage the ensuing problems remains inadequate.
Over the last century, the world has seen a considerable increase in amounts of waste discharged into the environment. The high generation of solid waste has been identified as a factor contributing to the world environmental problems, and the decrease in suitable landfill sites and scarcity of natural resources is creating greater demand for remanufacturing and reuse. Waste creates environmental consequences such a
Penjanaan Komposisi Sisa Pepejal terhadap Amalan Kitar Semula di Sekolah Menengah Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah
Pada masa kini, pertambahan jumlah pelajar sekolah menengah adalah semakin ramai pada setiap tahun. Fenomena ini telah mendatangkan masalah kepada penjanaan komposisi sisa pepejal yang tidak terkawal malah mencemarkan alam sekitar. Penjanaan komposisi sisa pepejal yang banyak merupakan masalah yang cukup rumit untuk diatasi. Oleh itu, satu tinjauan awal berkaitan penjanaan komposisi sisa pepejal dengan menggunakan cara kitar semula telah dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah Penampang. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis dan jumlah sampah yang dihasilkan oleh semua warga sekolah dalam masa sebulan pada hari persekolahan. Pengkaji telah menggunakan reka bentuk tinjauan dengan mengaplikasikan pendekatan kualitatif iaitu melalui temubual tidak berstruktur dan pemerhatian ikut serta dalam kajian ini. Populasi kajian adalah pelajar tingkatan empat, pekerja pembersih dan pegawai majlis daerah Penampang untuk mengukur dan menimbang jumlah sampah yang dihasilkan dalam sehari dan seminggu dengan menggunakan alat penimbang elektronik. Melalui pengiraan dalam bentuk peratus dan kiraan berat dalam kilogram. Hasil dapatan menunjukkan dengan jelas sisa pepejal terbanyak yang dihasilkan adalah sisa makanan iaitu sebanyak 75.63kg, kedua banyak adalah plastik 71.46kg dan ketiga adalah polisterina sebanyak 61.35kg daripada jumlah sisa pepejal dalam masa seminggu. Manakala sebanyak 38% daripada sisa pepejal yang dihasilkan oleh semua warga sekolah merupakan barangan yang tidak boleh dikitar semula dan sebanyak 34% merupakan bahan yang berpotensi serta boleh dikitar semula tetapi tidak boleh dijual kepada vendor. Manakala sebanyak 28% daripada sisa pepejal yang dijana terdiri daripada bahan yang boleh dikitar semula dan boleh dijual kepada vendor. Dengan jumlah komposisi sisa pepejal yang dihasilkan, maka pihak sekolah boleh mengambil langkah kitar semula untuk mengurangkan jumlah sampah yang akan dihasilkan dan dihantar ke tapak pelupusan. Oleh itu, pihak sekolah harus mengadakan pelbagai program kitar semula secara bersepadu dan memupuk amalan kitar semula melalui pedidikan di sekolah untuk mengatasi masalah ini. Program dan pengetahuan pelajar diharap dapat mengurangkan penjanaan komposisi sisa pepejal dan meningkatkan kebersihan kawasan sekolah dan alam sekitar
Persepsi Masyarakat Tempatan Terhadap Pengurusan E-sisa oleh Syarikat Swasta di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Pengurusan e-sisa yang sistematik sepatutnya terintegrasi antara semua pemegang taruh seperti pihak kerajaan, pihak swasta, pihak non-governmental organization, sektor informal dan juga masyarakat tempatan. Namun di Sabah khususnya di Kota Kinabalu, peranan syarikat swasta merupakan antara pemegang taruh yang kurang jelas penglibatannya dalam pengurusan e-sisa. Oleh itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menilai persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama yang telah diedarkan kepada 400 responden yang terdiri daripada isi rumah. Analisis deskriptif seperti nilai purata skor digunakan untuk menganalisis data bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat tempatan memberikan persepsi yang baik terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memperlihatkan persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu
Important of adequate legislation from the perspective of solid waste management policy / Haidy Henry Dusim, Mohammad Tahir Mapa and Jenny @ Janey Mosikon
Most studies on sustainable solid waste management issues have been commonly focused on the technical perspective although studies also indicated that these issues are also strongly influenced by other aspects such as policy, social, economy, institutional and the environment. The aspect of policy plays an important role towards the sustainability of solid waste management, however studies focusing on analysing the solid waste management from the perspective of policy are still lacking. Therefore, the aim of this paper is to highlight the aspect of policy in the context of solid waste management specifically in the adequacy of the legislation. Previous studies have pointed out that adequate legislation plays an important factor towards influencing the aspect of policy in solid waste management as with the lack of adequate legislation, the policy may not be effective towards achieving sustainable solid waste management. In addition, previous studies may have not clearly explained the meaning of the term adequate legislation and the elements under adequate legislation. Therefore, the purpose of this paper is to explore the meaning of adequate legislation and to identify the important elements that make up an adequate legislation. Findings of this study have show that an adequate legislation refers to having comprehensive legislation and specific legislation. This study also discovers that comprehensive legislation and specific legislation is considered as the two important elements under the adequate legislation
Profil Literasi Alam Sekitar Mengikut Faktor Demografi Pelajar Sekolah Menengah di Tawau, Sabah
Deklarasi Tbilisi yang diadakan pada tahun 1977 telah membawa perubahan penting dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar (PAS). Lima objektif utama PAS yang disepakati dalam deklarasi tersebut merangkumi elemen kesedaran, pengetahuan, sikap, kemahiran dan penglibatan. Sementara itu, Literasi alam sekitar (LAS) pula merupakan matlamat dalam kurikulum Pendidikan Alam Sekitar (PAS) di peringkat sekolah. Setelah 43 tahun deklarasi tersebut diperkenalkan, kajian menyeluruh diperlukan untuk menyediakan data tentang tahap literasi alam sekitar pelajar sekolah menengah di Malaysia. Ia penting untuk menilai keberkesanan amalan PAS dan seterusnya menilai pencapaian matlamat membentuk tingkah laku bertanggungjawab alam sekitar dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini dilaksanakan sebagai langkah awal untuk mengenal pasti profil tahap domain LAS pelajar mengikut faktor demografi (aliran) dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Tawau, Sabah. Seterusnya menilai profil tahap komponen LAS pelajar mengikut aliran. Akhirnya, rumusan keseluruhan tahap LAS mengikut aliran pelajar turut dinilai dalam kajian ini. Responden kajian melibatkan 12 buah sekolah menengah kategori bandar. Seramai 328 orang pelajar tingkatan empat terlibat dalam kajian ini. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 25. Hasil kajian mendapati literasi alam sekitar mengikut aliran menunjukkan bahawa pelajar aliran sains tulen dan kemanusiaan mempunyai tahap yang sangat baik dalam domain kemahiran dan afektif alam sekitar. Namun demikian, mereka hanya mencapai tahap baik dalam domain pengetahuan dan tingkah laku alam sekitar. Secara keseluruhannya, tahap LAS mengikut aliran pula menunjukkan bahawa pelajar aliran sains tulen mencatat SM = 70.9 berbanding pelajar aliran kemanusiaan SM = 72.3. Berdasarkan skor tersebut, secara keseluruhannya tahap LAS mengikut aliran adalah dalam kategori sederhana. Justeru, bagi mencapai tahap LAS yang tinggi, pendidikan alam sekitar di sekolah perlu diperkasakan
Komposisi sisa pepejal, program kitar semula dan pengetahuan pelajar terhadap amalan kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, Penampang, Sabah
Peningkatan populasi penduduk dunia telah membawa kepada masalah penjanaan sisa pepejal yang tidak terkawal khususnya di sekolah. Penjanaan komposisi sisa pepejal yang semakin tinggi merupakan masalah yang cukup rumit dan susah untuk diselesaikan. Pengurusan sisa pepejal dengan amalan kitar semula perlu diadakan dengan segera melalui pendidikan guru di sekolah berpandukan kurikulum baru pendidikan Malaysia. Kajian dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti penjanaan komposisi sisa pepejal, mengenalpasti keberkesanan program kitar semula dan meneliti penerapan kurikulum dalam mata pelajaran Geografi. Teknik persampelan secara betujuan telah digunakan untuk memilih empat pelajar dan dua guru Geografi tingkatan tiga sebagai responden kajian. Kajian kualitatif tinjauan dan kajiaa tindakan telah dilakukan melalui pengumpulan data dengan menggunakan temu bual separa berstruktur dan pemerhatian ikut-serta. Hasil kajian menunjukkan jumlah sampah terbanyak yang dihasilkan oleh semua warga sekolah dalam sehari adalah sisa makanan iaitu sebanyak 62.6% (46.43kg), kedua banyak sisa plastik sebanyak 18.5% (13.72kg) dan diikuti oleh sisa kertas sebanyak 10.2% (7.56kg). Selain itu, pelajar juga kurang sedar tentang program kitar semula di sekolah kerana pelaksanaannya hanya sekali-sekala sahaja dalam setahun. Manakala pengetahuan yang disampaikan oleh guru dengan teknik pengajaran berasaskan projek telah berjaya di mana tahap amalan kitar sekolah telah meningkatkan dan kadar penjanaan sisa pepejal telah berkurangan berbanding dahulu. Justeru itu, sekolah dan kurikulum pendidikan merupakan medium utama untuk mendidik pelajar mengamalkan kitar semula. Progam kitar semula juga memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk berganding bahu melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik perhatian dan penyertaan pelajar. Justeru, pihak pentadbir, guru sekolah dan sektor kerajaan harus memainkan peranan penting untuk sama-sama menjayakan pelbagai program dan amalan kitar semula di sekolah
Analysing the sustainability of solid waste management from the perspective of adequate legislation / Haidy Henry Dusim and Mohammad Tahir Mapa
Every person has his or her own definition and view on a meaning of happiness and most of us relate it with materialistic. This study was conducted to help us to understand a concept of al-sa‘adah or a true definition of happiness in greater details. It highlights on the happiness based on a manuscript entitled Hujjah Allah al-Balighah written by Shah Wali Allah which is based on al-Quran and al-Sunnah views and also a main reference of this study. Besides that, this study used any primary and secondary sources available at a library and the study was written as a qualitative. A conceptual framework used in this study was improvised based on content method analysis. Based on the findings, it shows that the concept of al-sa‘adah proposed by Shah Wali Allah corresponds to the views in al-Quran and al-Sunnah. He stresses that the most awaiting and exciting happiness of a person is the hereafter
Literasi Alam Sekitar Pelajar Sekolah Menengah: Satu Analisis Pengesahan Faktor
Kajian ini dilaksanakan untuk menilai kebolehpercayaan dan kesahan (analisis pengesahan faktor) instrumen literasi alam sekitar pelajar sekolah menengah (ILASPSM). Kajian ini melibatkan 125 orang pelajar sekolah menengah luar bandar di Tawau, Sabah. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 25 dan SmartPLS 3.0. Hasil kajian mendapati nilai kebolehpercayaan berada diantara (0.423 - 0.850), kesahan konvergen (0.501 – 1.00), konsistensi dalaman (0.745 – 1.00). Manakala kesahan diskriminan yang melibatkan kriteria Fornel & Larker, Crossloading dan heterotrait-monotrait ratio of correlations (HTMT) telah memenuhi syarat yang diperlukan. Justeru itu, analisis pengesahan faktor menunjukkan bahawa indikator-indikator ILASPSM dapat mengukur literasi alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah dalam konteks kajian di Tawau Sabah
- …