13 research outputs found
Diversity of rural tourism products and challenges of rural tourism development in Kota Marudu, Sabah
Kota Marudu has a variety of products with the potential to be developed as unique and attractive rural tourism attractions, especially in terms of its beautiful nature and cultural heritage. Rural tourism offers a variety of attractions and local products, such as ecotourism and agrotourism, as well as the culture and heritage of local communities. This study examines the diversity of rural tourism products in Kota Marudu. The variety of products is classified into three main features, namely physical attractions, cultural attractions, and events, as well as other attractions. The variety of products is also divided into two parts, namely those developed by local communities and those operated by certain organisations or departments. The aspects of challenges and problems in developing rural tourism products are also examined in this paper. In the context of Kota Marudu, a study of rural tourism development needs to be undertaken to identify the diversity of tourism products that can be potentially developed, and to examine the challenges and problems toward such efforts. In short, various initiatives and policies need to be carried out practically and holistically so that rural tourism in this district continues to be developed and remains competent
Rural tourism in Kota Marudu, Sabah: Diversity of products and challenges
Kota Marudu has a variety of products with the potential to be developed as unique and attractive rural tourism attractions, especially in terms of its beautiful nature and cultural heritage. Rural tourism offers a variety of attractions and local products, such as ecotourism and agrotourism, as well as the culture and heritage of local communities. This study examines the diversity of rural tourism products in Kota Marudu. The variety of products is classified into three main features, namely physical attractions, cultural attractions, and events, as well as other attractions. The aspects of challenges and problems in developing rural tourism products are also examined in this paper. In the context of Kota Marudu, a study of rural tourism development needs to be undertaken to identify the diversity of tourism products that can be potentially developed, and to examine the challenges and problems toward such efforts. In short, various initiatives and policies need to be carried out practically and holistically so that rural tourism in this district continues to be developed and remains competent
Kesedaran dan penglibatan komuniti tempatan dalam membangunkan produk pelancongan luar bandar di daerah Kota Marudu, Sabah
Daerah Kota Marudu memiliki pelbagai sumber semula jadi dan budaya yang berpotensi dibangunkan sebagai tarikan pelancongan luar bandar. Namun begitu, masalah seperti kurang tahap pengetahuan dan kemahiran komuniti tempatan menyebabkan berlaku keterbatasan penglibatan komuniti seterusnya potensi produk pelancongan yang ada tidak dapat dibangunkan secara optima. Artikel ini meneliti tentang kesedaran dan penglibatan komuniti tempatan dalam membangunkan produk pelancongan luar bandar di daerah Kota Marudu, Sabah. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan mengedar borang soal selidik sebanyak 282 di empat buah kampung dalam daerah Kota Marudu iaitu Kampung Minansad, Kampung Tegudon, Kampung Tonsom dan Kampung Tulid. Terdapat dua aspek kategori utama penglibatan komuniti dalam membangunkan produk pelancongan luar bandar iaitu aktif dan pasif. Dalam konteks Kota Marudu, kajian pembangunan pelancongan luar bandar perlu dilakukan bagi mengenal pasti tahap kesedaran dan penglibatan komuniti dalam membangunkan produk pelancongan luar bandar di daerah tersebut. Ringkasnya, pelbagai inisiatif dan dasar perlu dijalankan secara praktikal serta holistik agar pelancongan luar bandar di daerah ini terus maju dan berdaya saing
Conceptual perspective and potential of rural tourism in Tungku, Sabah, Malaysia
The tourism sector has become one of the key drivers of economy in developed countries. Rural tourism has been widely recognized as an important factor in the development of rural areas since it creates new jobs and preserves the heritage and culture of the communities in an area. Rural tourism is diverse and is an alternative to mass tourism. Alternative tourism is described as a special tourism that usually emphasizes the relationship between people and nature and the understanding of the way people live with nature. In many countries, the diversity of cultures in the rural areas provides the opportunity to build and provide attractive and competitive tourism products. In Malaysia, the development of rural areas fully utilizes the existing resources including in producing tourism products. Malaysia has introduced policies such as the National Ecotourism Plan and the Rural Tourism Master Plan (RTMP) as part of its sustainable rural tourism development strategies. In an effort to understand rural tourism conceptually, this article will examine the dimensions, definitions, types, and related theoretical approaches of rural tourism. In the context of rural tourism鈥檚 potential, Tungku district has a diverse range of attractive terrain that holds the largest potential to be a tourism hub on the East Coast of Sabah. Thus, this study aims to identify the diversity of potential tourism products in terms of physical, cultural, and other attractions as well as to present some of the challenges faced in developing rural tourism in Tungku, Sabah. Highlights on the concept, theory, and potential of rural tourism are expected to form the basis and useful reference for further assessments on numerous other rural tourism issues that occur in various countrie
Persepsi pelancong domestik terhadap ciri tarikan dan aktiviti pelancongan di Pulau Pangkor
Perkembangan pelancongan di Pulau Pangkor semakin pesat dengan peningkatan jumlah ketibaan pelancong yang memberangsangkan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Pembandaran Manjung 2019, jumlah ketibaan pelancong pada tahun 2018 mencecah 1.42 juta orang. Ketibaan pelancong ini didorong oleh kewujudan pelbagai tarikan aktiviti pelancongan serta ciri fizikal di Pulau Pangkor itu sendiri. Untuk itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelancong domestik terhadap ciri tarikan dan aktiviti utama pelancongan di Pulau Pangkor. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Dapatan daripada 332 orang responden pelancong domestik mendapati 42.8 peratus responden menyatakan tarikan utama pelancong ke Pulau Pangkor adalah laut dan pantai, diikuti pulau 16.8 peratus dan aktiviti rekreasi air 14.8 peratus. Bagi aktiviti utama pelancongan pula, 31.3 peratus responden menyatakan aktiviti utama di Pulau Pangkor adalah bersiar di pantai diikuti 22.3 peratus menyatakan aktiviti berenang. Seterusnya, sebanyak 3.0 peratus menyatakan aktiviti utama mereka ke Pulau Pangkor adalah untuk melawat ke kilang makanan laut. Dapatan kajian ini menunjukkan rata-rata pelancong domestik menyatakan tarikan utama Pulau Pangkor adalah laut dan pantai serta aktiviti berdasarkan kedua-dua tarikan tersebut. Kesimpulannya, dapatan kajian ini adalah bermanfaat kepada pihak berkuasa tempatan dalam memperkasakan pembangunan pelancongan berasaskan laut dan pantai agar menjadi ikonik yang terkenal di seantero dunia
Faktor penentu penglibatan komuniti dalam pembangunan chalet: kajian kes pinggir pantai daerah Marang, Terengganu
Zon pinggir pantai dan pulau peranginan merupakan salah satu tumpuan utama industri pelancongan terutamanya dalam sektor kemudahan penginapan seperti resort pantai, chalet dan homestay. Pembangunan chalet atau resort pelancongan seiring dengan peredaran masa, bilangan resort ini bertambah apabila berlakunya permintaan percutian yang tinggi daripada pelancong. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor penentu penglibatan komuniti dan perebakan perusahaan chalet di pinggir pantai daerah Marang. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan iaitu kaedah temu bual bersama komuniti tempatan iaitu penduduk asal Terengganu yang merupakan pengusaha chalet pinggir pantai Marang. Selain itu, kaedah pemerhatian terhadap lokasi dan aktiviti digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati setiap pengusaha chalet mempunyai faktor penentu yang tersendiri dalam melibatkan diri dalam perusahaan chalet di pecan Marang. Faktor yang paling dominan adalah warisan keluarga. Pembangunan chalet pinggir pantai ini memberikan impak dan membawa perubahan terhadap sosioekonomi serta taraf hidup komuniti tempatan. Dengan itu, penglibatan komuniti yang aktif dan dinamik bukan sahaja sebagai pengusaha malah mereka turut berperanan dalam menggalakkan penglibatan penduduk lain untuk turut serta memajukan pembangunan chalet pinggir pantai di daerah ini
Pelancongan gunung: konseptual, segmentasi, isu dan potensi penyelidikan di Malaysia
Kawasan pergunungan menjadi destinasi pelancongan kedua popular selepas pantai dan pulau. Pelbagai aktiviti dan produk pelancongan ditawarkan bagi memenuhi kepelbagaian minat dan permintaan pelancong di kawasan pergunungan. Pelancongan gunung merupakan salah satu segmen pelancongan alternatif minat khas yang popular dan mempunyai kelompok pengkaji dan pengamalnya sendiri. Kajian berkaitan pelancongan gunung telah banyak dilakukan di peringkat antarabangsa. Namun di Malaysia, istilah pelancongan gunung dalam kajian berkaitan masih terlalu asing digunakan oleh mana-mana penyelidik tempatan. Oleh itu, kertas kerja ini meneliti tentang aspek konseptual, segmentasi, isu dan potensi penyelidikan pelancongan gunung di Malaysia. Selain itu, model pembangunan pelancongan dan kaitannya dengan pelancongan gunung turut dihuraikan. Aktiviti dan produk pelancongan di kawasan pergunungan serta pola dan lokasi pelancongan gunung di Malaysia juga dibincangkan secara ringkas. Perbincangan ini penting kerana konsep pelancongan gunung masih terlalu asing dalam konteks pembangunan dan penyelidikannya di Malaysia. Kertas kerja ini menggunakan kaedah tinjauan bahan literatur secara sistematik iaitu maklumat dan data penyelidikan sedia ada dikaji, dinilai dan dirumuskan dengan teratur. Diharapkan kertas kerja ini dapat meningkatkan lagi pemahaman tentang ruang lingkup pelancongan gunung seterusnya menjadi asas dan rujukan berguna untuk kajian lanjut tentang pelbagai isu berkaitan pelancongan gunung di Malaysia
Isu dan cabaran pelancongan kembara (backpacker tourism) dan masa depannya di Malaysia
Pelancongan kembara (backpacker tourism) merupakan suatu bentuk pelancongan alternatif yang memiliki ciri-ciri unik dari segi penglibatan individu serta jenis aktiviti yang dilakukan oleh pelancong berkenaan. Antara destinasi kunjungan pelancong kembara (backpackers) yang popular di dunia adalah di benua Eropah dan rantau Asia Tenggara. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang berlaku dalam konteks pelancongan kembara serta meneliti masa depan pelancongan kembara di Malaysia. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah sorotan literatur berdasarkan data sekunder daripada sumber kepustakaan berkenaan pembangunan pelancongan kembara. Antara isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelancongan kembara adalah isu dalam pembangunan sosiobudaya, ancaman terhadap kerosakan alam sekitar, lebihan daya tampung alam sekitar, gangguan terhadap habitat flora dan fauna, cabaran untuk mengekalkan keaslian dalam pelancongan kembara dan kecenderungan kerajaan sesebuah negara untuk lebih mempromosikan sektor pelancongan secara massa. Seterusnya, kertas kerja ini turut merungkai berkenaan masa depan Malaysia yang kaya dengan keunikan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya yang amat berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan kembara kedua-dua bagi wilayah Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Tuntasnya, penulisan dalam kertas kerja ini secara tidak langsung akan memberi pemahaman yang lebih baik berkenaan masa depan pelancongan kembara di Malaysia
Ciri pengeluaran dan kepelbagaian produk berasaskan agropelancongan kopi di Tenom, Sabah
Pekan Tenom adalah sinonim dengan produk kopi sehinggakan ia menjadi salah satu destinasi tarikan agropelancongan yang popular di Sabah. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui tentang agropelancongan kopi tersebut. Untuk itu, penelitian terhadap ciri pengeluaran dan kepelbagaian produk berasaskan agropelancongan kopi ini adalah relevan dan wajar untuk didokumentasikan untuk pengetahuan umum. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri pengeluaran dan kepelbagaian produk agropelancongan kopi di daerah Tenom, Sabah. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menemu bual 15 orang informan yang terdiri daripada lima orang pengurus dan 10 orang pekerja di industri kopi Tenom. Teori pendefinisian agropelancongan adalah diaplikasikan untuk menentukan definisi agropelancongan kopi Tenom berdasarkan tarikan yang ditawarkan. Dapatan kajian menunjukkan pengeluaran jenis kopi adalah berdasarkan kesesuaian iklim yang panas di daerah Tenom. Jenis kopi Robusta dan Arabika merupakan kopi yang sesuai dengan keadaan di daerah tersebut. Pihak pengusaha agropelancongan kopi turut menghasilkan pelbagai jenis perisa kopi. Selain daripada penghasilan produk minuman, agropelancongan kopi Tenom turut menwujudkan tarikan lain seperti kafe, ladang kopi, cabin dan cottage. Sebagai rumusannya, agropelancongan kopi Tenom mempunyai potensi yang besar untuk terus membangun bagi mempromosikan ia sebagai destinasi agropelancongan yang berdaya saing sekali gus mampu meningkatkan pendapatan di samping memberi manfaat sampingan kepada komuniti setempat
Isu keselamatan dan jaminan dalam industri pelancongan: suatu tinjauan konseptual
Isu menangani kebimbangan pelancong terhadap aspek keselamatan di destinasi pelancongan adalah prioriti dalam agenda strategik negara yang dapat memastikan industri pelancongan terus konsisten sebagai peneraju utama ekonomi negara. Apatah lagi, dalam tempoh sedekad yang lalu, pelbagai insiden berlaku yang mengundang kebimbangan pelancong terhadap isu keselamatan mereka, antaranya pesawat yang hilang dan terhempas, gempa bumi di Gunung Kinabalu, kes pencerobohan di Tanduo serta beberapa siri penculikan pelancong di perairan pantai timur Sabah. Meskipun ESSCOM dilancarkan sejak tahun 2013, namun fokus utamanya hanya untuk memberi jaminan terhadap aktiviti perdagangan, menghalang penyeludupan serta memastikan pantai timur Sabah terjaga dari pencerobohan asing. Secara tidak langsung, ia tidak memberi penekanan terhadap aspek keselamatan secara keseluruhan dalam pelancongan di Sabah. Setakat ini, belum ada dasar khusus untuk menangani aspek kebimbangan pelancong terhadap pelbagai isu keselamatan di destinasi pelancongan. Untuk itu, kertas kerja ini adalah suatu tinjauan konseptual terhadap isu keselamatan dan jaminan dalam pelancongan yang signifikan dalam konteks Malaysia amnya dan Sabah khususnya