86 research outputs found

    Menyingkap gejolak rasa dan citra watak Azmah Nordin

    Get PDF
    Azmah Nordin figura sastera tanahair yang tidak asing. Penerima Sea-Write Award 2009 ini seringkali tampik membawa dimensi baru pengkaryaan dengan penumpuan terhadap watak-watak dan teknik penceritaannya yang gemar gaya aliran bawah sedar. Buku ini Menyingkap Gejolak Rasa dan Citra Azmah Nordin adalah satu tinjauan terhadap beberapa buah novel Azmah Nordin, iaitu Dari Dalam Cermin, Dukanya Abadi, Pantai Kasih, Debur Menerpa, Awang Kirana Mudir Besar dan Menongkah Lumrah menggunakan psikoanalisis Freud yang disejajarkan dengan psikologi Islam. Penelitian terhadap novel-novel tersebut mengangkat pemikiran serta citra watak-watak ciptaan Azmah yang sarat dengan gejolak dan keinginan untuk diberi perhatian. Kreativiti yang ditunjukkan oleh pengarang dalam memaparkan watak-watak yang terlibat menerusi gelora jiwa, fikiran dan tindak-tanduk watak disebatikan pengarang dalam satu ruang kesedaran, prasedar dan bawah sedar. Pengalaman hidup wanita yang berperanan sebagai ibu, isteri, anak dan wanita serta latar belakang yang dialami memberi kesan sangat mendalam terhadap tindak-tanduk mereka. Keterkongkongan, ketidakadilan, diskriminasi serta tanggapan negatif kaum lelaki yang bercitra ayah, suami, anak dan individu memberikan impak untuk mereka menjadi penentang ketidakadilan. Kesemua ini membentuk satu identiti kepengarangan Azmah Nordin yang sering kali bergejolak dan bergelora untuk mengangkat wanita. Pun demikian, Azmah bukanlah pengarang wanita yang taksub kepada feminis Barat dan bergelora jiwanya tanpa pedoman. Beliau memberikan satu dimensi baru pencitraan wanita Malaysia yang bijak, sabar dan pemaaf

    Perjuangan wanita dalam novel surat-surat perempuan Johor

    Get PDF
    Novel berunsur sejarah berjudul Surat-Surat Perempuan Johor (2005) merupakan novel tentang sejarah negeri Johor yang ditulis oleh Faisal Tehrani dan memenangi tempat ketiga dalam Sayembara Menulis Sejarah Johor. Novel ini memaparkan tentang peristiwa sejarah negeri Johor yang berlatar belakangkan Majalah Ahkam Johor, proses pemodenan Johor oleh Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim, hubungan erat antara Johor dan Turki serta cita-cita untuk mengenepikan sekularisasi. Justeru, objektif kajian ini ialah mengkaji perjuangan wanita sebagai wakil golongan yang dijajah untuk menulis semula sejarah negeri Johor yang dikatakan telah dipalsukan oleh Inggeris. Bagi mencapai objektif ini, kaedah analisis tekstual digunakan untuk mengkaji novel Surat-Surat Perempuan Johor untuk meneliti sejarah negeri Johor yang telah dibenamkan oleh Inggeris pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. Faisal Tehrani menerusi watak Ungku Nur menempelak Barat yang telah melenyapkan banyak peristiwa tentang sejarah Johor dengan menampilkan dan menulis semula sejarah negeri Johor. Penulisan semula sejarah ini merupakan satu cara golongan yang dijajah untuk bangkit menentang penjajah. Kajian mendapati, negeri Johor pernah melaksanakan pemerintahan Islam suatu ketika dahulu dan Majalah Akham Johor dijadikan panduan dalam pemerintahan. Namun, Inggeris telah mencampuri pemerintahan sultan pada masa itu dan dipaksa untuk menerima undang-undang sekular Inggeris. Sedikit demi sedikit pengaruh Inggeris telah mengambil tempat dalam pentadbiran Johor sehingga pemerintahan Islam yang pernah diamalkan di negeri Johor kurang diketahui oleh generasi pada masa kini

    Kearifan Tempatan dalam Sistem Bombon oleh Masyarakat Kadazandusun di Kiulu, Tuaran, Sabah

    Get PDF
    Tulisan ini membincangkan sistem Bombon sebagai salah satu kearifan tempatan masyarakat Kadazandusun yang dilaksanakan sejak zaman nenek moyang mereka. Sistem ini digunakan sebagai satu kaedah pemuliharaan ikan air tawar secara tradisional yang paling berkesan. Melalui sistem Bombon, masyarakat Kadazandusun dapat melestarikan alam sekitar seterusnya dapat memastikan mereka mendapat sumber ikan secara berterusan. Sistem Bombon jelas memperlihatkan pengetahuan, nilai, kelakuan serta sikap masyarakat Kadazandusun terhadap alam sekitar dan hubungan sesama manusia. Manfaat pelaksanaan sistem Bombon yang paling penting adalah sebagai agen penyatuan seluruh penduduk kampung. Sebagai salah satu kearifan tempatan masyarakat Kadazandusun, hukum adat tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti ini. Pada hari ini, sistem Bombon bukan sahaja boleh dibanggakan sebagai warisan budaya masyarakat Kadazandusun malah sebagai salah satu warisan kebangsaan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan iaitu temu bual, pemerhatian dan kajian kepustakaan

    Perubahan Sistem Nilai dalam Sistem Bombon yang Diamalkan oleh Masyarakat Kadazandusun di Kiulu, Tuaran, Sabah

    Get PDF
    Tulisan ini membincangkan perubahan sistem nilai dalam amalan sistem bombon yang menjadi tradisi masyarakat Kadazandusun. Sistem bombon adalah satu kaedah pemuliharaan ikan air tawar yang dilaksanakan sejak zaman nenek moyang mereka. Melalui amalan sistem bombon, masyarakat Kadazandusun dapat melestarikan alam sekitar seterusnya dapat memastikan mereka mendapat sumber ikan secara berterusan. Tradisi bombon bertititik tolak daripada kepercayaan tradisional masyarakat Kadazandusun. Sistem bombon memperlihatkan kearifan tempatan, nilai, kelakuan serta sikap masyarakat Kadazandusun terhadap alam sekitar dan hubungan sesama manusia. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan berupa pemerhatian ikut serta dan temu bual secara mendalam di beberapa kampung di kampung Poturidung, Kampung Malangang dan Kampung Lokub, daerah Kiulu Tuaran, Sabah. Kajian mendapati bahawa manfaat pelaksanaan sistem bombon yang paling penting adalah sebagai agen penyatuan seluruh komuniti pengamal. Sebagai satu aktiviti yang dikaitkan dengan kepercayaan tradisional masyarakat tersebut, sistem bombon tidak dapat dipisahkan daripada hukum adat. Jika dahulu aktiviti budaya ini disaluti dengan sistem kepercayaan tradisional, namun pada hari ini, sistem bombon memperlihatkan perubahan sistem nilai melalui pelaksanaannya. Tradisi bombon diteruskan sehingga hari ini dengan dengan nilai yang sesuai dengan kehidupan pada hari ini. Amalan sistem bombon telah berjaya membuka sisi lain dalam kehidupan masyarakat Kadazandusun. Kini, sistem bombon bukan sahaja boleh dibanggakan sebagai warisan budaya masyarakat Kadazandusun malah sebagai salah satu warisan kebangsaan

    Geni jora by Abidah El Khalieqy : A study of feminism and the Malay-Indonesian society

    Get PDF
    The history of the women novel writers in Indonesia began with the novel Kalau Ta’Oentong, written by Selasih in 1933. This was followed by the discovery of a novel Kehilangan Mestika, written by a 17-year old writer, Fatimah H. Delais or Hamidah. The 1940s and 1950s saw the advent of more women novelists such as Arti Purbani, S. Rukiah, Suwarsih Djojoesposito, Waluyati Supangat, Nursiah Dahlan, Matiah Madijah and NH Dini. NH Dini became known in the 1960s but it was during the 1970s that her writing gained momentum. The following years welcomed women novelists such as Titie Said, Titis Basino, Marga T, Marianne Kattoppo, and Th Sri Rahayu Prihatmi. The Indonesian literary repertoire was further enhanced by women writers listed in the Angkatan 2000. These writers, for instance Ayu Utami, Abidah el-Khalieqy, Oka Rusmini, Djenar Maesa Ayu, Dewi Sartika and Ani Sekarnengsih, made significant contributions to Indonesian literature in the new millenium, with their strong opinions and criticisms

    Siri' dalam Elong Masyarakat Bugis di Tawau Sabah

    Get PDF
    Masyarakat Bugis yang berasal dari Sulawesi telah mewarnai kepelbagaian budaya yang terdapat di Sabah. Masyarakat Bugis hidup dalam komuniti yang masih mengekalkan tradisi nenek moyang mereka meskipun terpisah jauh dari tanah leluhur mereka. Orang Bugis sangat berbangga dengan kearifan lokal yang diwarisi. Kearifan lokal tetap dipertahankan dan dijaga dengan kemas terutama oleh golongan tua. Mereka mewariskan kearifan lokal ini kepada generasi berikutnya supaya tidak luput ditelan oleh arus kemodenan. Siri’ adalah antara warisan yang masih dipertahankan kerana merupakan harga diri dan maruah yang menjadi tatanan cara hidup mereka. Kajian ini merungkai nilai siri’ yang terkandung dalam elong Bugis dengan menggunakan Pendekatan Hermeneutik Paul Ricoeur. Elong atau kata-kata diperoleh melalui kajian lapangan dengan menemu bual beberapa orang informan Bugis berumur lebih 50 tahun di sekitar daerah Tawau. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa tema yang digambarkan dalam elong Bugis seperti mencari rezeki, kepentingan menuntut ilmu, menjaga budi pekerti, menjaga harga diri, dan memberi kemaafan. Penelitian terhadap elong membuktikan bahawa elong yang diungkapkan orang Bugis memiliki nilai siri’ untuk memandu masyarakat Bugis untuk hidup bermasyarakat

    Dunia Hampir Bergabung dalam Kumpulan Cerpen Laron oleh Jasni Matlani: satu bacaan Realisme Magis (The analysis of Magis Realism in the works of Jasni Matlani)

    Get PDF
    Dalam penulisan karya realisme magis, wujud unsur-unsur penggabungan dunia yang merujuk kepada kewujudan dunia realiti dan dunia magis yang hampir bergabung. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis ciri-ciri realisme magis yang terdapat dalam Kumpulan Cerpen Laron karya Jasni Matlani (2010) yang menghimpunkan 30 buah cerpen karya Jasni Matlani. Walau bagaimanapun kajian ini hanya meneliti tiga cerpen dalam Kumpulan Cerpen Laron, iaitu “Laron”, “Dua Helai Daun”, dan “Perempuan Berbau Harum”. Skop kajian ini hanya mengaplikasikan satu daripada lima ciri realisme magis mengikut aliran Wendy B. Faris (2004), iaitu dua dunia yang hampir bergabung atau “merging realms”. “Merging realms” dalam buku Wendy B. Faris Ordinary Enchantments Magical Realism and Remystifiction of Narratives bermaksud wujudnya dua dunia yang hampir bergabung dalam karya realisme magis. Oleh itu, bagi menganalisis cerpen yang mengandungi elemen dunia yang hampir bergabung, analisis memfokuskan pada penggabungan dunia realiti dan dunia lain dalam cerpen-cerpen yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan cerpen-cerpen Jasni Matlani memenuhi konsep elemen dunia yang hampir bergabung dan dikategorikan sebagai karya realisme magis

    Analisis kepercayaan etnik Kadazandusun Sabah dalam antologi Tangon

    Get PDF
    Kehadiran kelompok pelbagai etnik di Sabah tidak menghalang hubungan komunikasi walaupun memiliki perbezaan agama, adat resam, bahasa sukuan, dan kepercayaan. Keunikan corak budaya hidup serta pegangan kepercayaan etnik Kadazandusun membuktikan kekuatan pengaruh peninggalan nenek moyang kepada generasi muda pada hari ini. Artikel bertujuan menyingkap unsur kepercayaan yang menjadi amalan etnik Kadazandusun dalam antologi cerpen Tangon. Cerpen dianalisis menggunakan pendekatan antropologi sastera sebagai salah satu cara meneliti pengekalan jati diri etnik peribumi masyarakat Kadazandusun di Sabah melalui unsur kepercayaan dan pengekalan fungsi bobolian dalam masyarakat tersebut. Hasil kajian mendapati pengarang di Sabah berjaya menerapkan dan mengekalkan unsur kepercayaan sebagai suatu identiti etnik Kadazandusun Sabah sehingga hari ini

    Elemen realisme magis yang tidak dapat dijelaskan (The irreducible element) dalam kumpulan cerpen Laron (2010) oleh Jasni Matlani

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan menganalisis ciri-ciri realisme magis yang terdapat dalam kumpulan cerpen Laron karya Jasni Matlani (2010) yang menghimpunkan 30 buah cerpen Jasni Matlani. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya meneliti lima buah cerpen dalam kumpulan cerpen Laron, iaitu Di Bawah Pohon Angsana, Dua Helai Daun, Kisah di Sebuah Taman dan Perempuan Berbau Harum. Penelitian ciri irreducible element dalam gaya penulisan realisme magis mengikut aliran Wendy B. Faris, iaitu elemen yang tidak dapat dijelaskan menjadi tumpuan analisis kelima-lima cerpen tersebut. Mengikut Wendy B.Faris, Irreducible Element (Ordinary Enchantments Magical Realism and Remystifiction of Narratives) merujuk kepada sesuatu perkara yang tidak dapat dijelaskan mengikut hukum alam berdasarkan logik, pengetahuan biasa atau kepercayaan yang ada. Oleh itu, analisis terpaksa berfokus pada dua unsur utama iaitu objek magis yang merangkumi bunyi, benda dan tempat serta pemerian watak-watak dalam karya dengan melihat bagaimana watak-watak magis dibangunkan dalam ruang realiti. Hasil kajian membuktikan bahawa gaya penulisan Jasni Matlani memenuhi konsep elemen yang tidak dapat dijelaskan (the irreducible element) dan sesuai dikategorikan sebagai karya realisme magis
    • …
    corecore