2 research outputs found

    Pemodelan Ruangan Pertumbuhan Penduduk Di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia

    Get PDF
    Lebuh raya telah memainkan peranan penting dalam mendorong pembangunan dan pertumbuhan penduduk. Namun hanya sedikit perhatian diberikan kepada kesan variasi ruangan terhadap perubahan penduduk. Situasi ini secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kependudukan seperti ketidakseimbangan dari segi ruang, sosial dan ekonomi. Objektif pertama kajian ini ialah menilai corak taburan perubahan penduduk di negeri-negeri wilayah utara, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak di peringkat mukim dari tahun 1991 hingga 2000 dan 2000 hingga 2010. Objektif kedua ialah, mengenal pasti faktor-faktor ruangan yang mempengaruhi corak taburan perubahan penduduk. Objektif ketiga, memodelkan kesan ruangan pembangunan lebuh raya terhadap taburan perubahan penduduk. Kajian ini menggunakan data bancian penduduk daripada Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai instrumen utama. Untuk menganalisis corak, analisis autokorelasi ruangan Global Moran’s I dan Local Moran’s I telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa taburan penduduk di peringkat mukim berbeza mengikut ruang dan masa. Manakala Analisis regresi berganda telah dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang signifikan dalam mempengaruhi perubahan penduduk. Hasil daripada analisis regresi berganda yang telah dijalankan, setiap model memberikan tahap kepentingan yang berbeza dari segi faktor pengaruh dan kesannya terhadap corak ruangan perubahan penduduk. Model regresi ini berjaya membuktikan faktor ruangan seperti jarak ke bandar wilayah dan jarak ke bandar negeri dan jarak ke stesen tol mempengaruhi perubahan penduduk pada tahun 1991-2000 dan 2000-2010. Pada tahun 1991-2000, corak berkelompok di kawasan mukim yang terlibat disebabkan oleh faktor seperti Umur 65 ke atas, Universiti, Pertanian, Industri, Kepadatan Penduduk, Jarak ke bandar wilayah dan Jarak ke bandar negeri. Manakala pada tahun 2000-2010 corak ruangan perubahan penduduk disebabkan oleh Umur 65 ke atas, Pertanian, Industri, Kepadatan Penduduk dan Jarak ke bandar wilayah. Model ruangan yang dibangunkan ini juga menjadi maklumat asas dalam membuat penilaian awal sesuatu polisi dan dapat membantu perancang polisi membuat perancangan memandangkan terdapat data-data demografi, sosioekonomi dan lokasi dalam pembentukan model ini

    GIS And Oil Spill Tracking Model in Forecasting Potential Oil Spill-affected Areas Along Terengganu and Pahang Coastal Area

    Get PDF
    Oil contamination can occur accidentally or incidentally in the environment as long as petroleum or shipping activities exist. There is a need to take appropriate preventive measures to reduce the negative impact by carefully monitoring the sprinkles and dispersion particles due to the oil spill movement. An expected oil spill originating from the Resak platform is positioned at 49.1 nautical miles from the Kuala Terengganu shoreline. The Dulang platform, positioned at 69.8 nautical miles from the Kuala Terengganu, can pollute the coastline of the Terengganu and Pahang ecosystems. This study aims; (i) make predictions from the direction of oil particle dispersion and (ii) engage the ecosystem to determine the effect of an oil spill on a platform around the coastal area. The combination of the Geographic Information System (GIS) and the Oil Spill Trajectory Model (OSTM) has been used to establish the appropriate response to locate the dense area of the slick. The result from the model running show in Northeast (NE) monsoon season, Terengganu and Pahang, have a high potential to affect. It is highly likely to reach the Terengganu coast area, especially in Dungun. It was predicted that 466 barrels of oil would arrive within four days of the December incident. Moreover, Kemaman and Pekan districts in Pahang also have the highest risk of being exposed to oil pollution during the Northeast Monsoon. This is due to the wind factors, which blow from South to North along the East coast of Malaysia Peninsular with a speed maximum of 13 ms-1 and indirectly carry the oil particles to coastal areas in Terengganu and Pahang
    corecore