13 research outputs found

    Hak untuk mendapatkan peguam semasa perbicaraan jenayah bagi golongan yang tidak berkemampuan di Malaysia

    Get PDF
    Hak untuk mendapatkan peguam terutama dalam kes-kes jenayah adalah amat penting.Hak ini sebenarnya telah diperuntukkan di bawah Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan.Malahan seksyen 255 Kanun Prosedur Jenayah turut memperuntukkan hak untuk dibela oleh seorang peguam bagi tertuduh yang sedang dibicarakan di Mahkamah.Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah juga turut memperuntukkan hak untuk mendapatkan peguam ini bagi seseorang yang ditangkap.Selain daripada itu, bantuan guaman bagi mereka yang tidak berkemampuan turut diberikan oleh Jabatan Bantuan Guaman melalui Akta Bantuan Guaman 1971.Di samping itu, bantuan gumanan ini juga turut diberikan oleh Majlis Peguam bagi membantu golongan-golongan yang tidak berkemampuan ini.Namun begitu, persoalan yang timbul ialah adakah bantuan ini mencapai sasarannya iaitu untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan dalam mendapatkan khidmat seorang peguam di Malaysia? Selain itu, persoalan yang seterusnya ialah adakah bantuan yang diberikan mencukupi dalam memberikan keadilan kepada golongan yang tidak berkemampuan ini? Persoalan ini penting untuk dijawab memandangkan ketidakhadiran peguam untuk membantu seseorang tertuduh semasa perbicaraan mengibaratkan kedudukan tertuduh seperti telur dihujung tanduk. Malah tertuduh juga akan menghadapi risiko yang amat tinggi untuk disabitkan jika tidak dibantu oleh seorang peguam semasa perbicaraan.Oleh itu, artikel ini akan mengupas kepentingan dan keberkesanan hak untuk mendapatkan peguam ini dalam membantu golongan yang miskin di Malaysia.Selain itu, artikel ini juga akan membuat perbandingan dengan beberapa negara Komenwel yang lain dalam melihat keberkesanan hak untuk mendapatkan peguam dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan di negara-negara mereka

    MODEL PUSAT SEHENTI PENGURUSAN HARTA PUSAKA ISLAM (FARAID): THE MODEL OF FARAID ONE-STOP CENTRE (FOSC)

    Get PDF
    Abstract in English: Faraid is a set of rules and principles that regulates the distribution of a Muslim’s property upon his death which is based on the Sharia law. In Malaysia, the Islamic jurisdiction including the management of inheritance is under the administration of the state. However, from what we can see recently, the management of inheritance property still requires improvement and transformation in the perspective of management and administration. The average unclaimed worth of assets by the deceased's family members is valued at around RM 60 billion due to the lack of knowledge regarding the management of inheritance. Lack of knowledge on the role of the inheritance’s agencies among the Muslim society is also the main challenge in assisting them to resolve their disputes in property distribution. Hence, it is suggested that a Faraid One-Stop Centre will assists the Muslim community in settling the issues of inheritance efficiently. The Faraid One-Stop Centre (FOSC) model is a combination of all the inheritance management agencies under one roof or at one place. The model of FOSC consist of five agencies which are Faraid USIM Consultant (FUSACA), Small Estate Division of the Land Office, Amanah Raya Berhad, State's Religious Authority and the proposed Agency of Legal Aid and Advisory Services of Faraid USIM Consultant (FUSACA) is the most important agency in making decisions and giving advise to customers. Meanwhile, Small Estate Division of the Land Office is the agency that compiles all the inheritance cases. The Amanah Raya Berhad manages matters regarding the movable properties and grants the Letter of Declaration or Order. State's Religious Authority or Council will perform the valuation process of the property. Whereas The Agency of Legal Aid and Advisory Services will help in giving legal advise to the customers if needed and represent the clients in the court of law. The Model of FOSC may become a reference and guidance to the related agencies of inheritance to develop FOSC in each state in Malaysia. This model will improve the management and administration of inheritance to the next level, making the process of inheritance division and manangement easier for the people.   Abstract in Malay: Faraid merupakan sebuah sistem pengurusan harta selepas kematian yang dianjurkan oleh Islam. Di Malaysia, bidang kuasa hal ehwal Islam termasuk pengurusan harta pusaka adalah terletak di bawah kuasa pentadbiran negeri. Walau bagaimanapun, sistem pengurusan harta pusaka pada masa kini dilihat masih memerlukan kepada penambahbaikan dan transformasi dari sudut pengurusan dan pentadbirannya. Anggaran sebanyak RM60 bilion harta masih belum dituntut disebabkan oleh kesedaran masyarakat tentang pengurusan harta pusaka masih lagi di tahap yang rendah di samping kekeliruan dengan wujudnya pelbagai agensi yang menguruskan harta pusaka. Justeru, pembangunan model pusat sehenti pengurusan harta pusaka atau FOSC (Faraid One-Stop Centre) ini merupakan sebuah inisiatif yang dibangunkan untuk memudahkan masyarakat menyelesaikan masalah berkaitan harta pusaka dengan lebih efisien. Model pusat sehenti pengurusan harta pusaka (FOSC) ini menyatukan semua agensi-agensi yang terlibat dengan pengurusan harta pusaka di bawah satu pusat bagi memudahkan pengurusan harta pusaka. Model FOSC terdiri daripada lima agensi iaitu Faraid USIM Consultant (FUSACA), Bahagian Harta Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad, Majlis Agama Islam Negeri dan Agensi Guaman & Perundingan. Faraid USIM Consultant (FUSACA) dijadikan agensi yang berperanan penting dalam membuat keputusan dan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan. Manakala, Bahagian Harta Pusaka Kecil sebagai agensi yang merekod kes yang dipohon dan diselesaikan dan Amanah Raya Berhad merupakan agensi yang menguruskan hal yang melibatkan harta alih dan mengeluarkan Akuan atau Arahan bagi harta alih. Majlis Agama Islam Negeri menyediakan khidmat pengiraan jumlah nilaian dan bahagian harta pusaka dan Agensi Guaman & Perundingan sekiranya pelanggan memerlukan khidmat peguam atau nasihat. Model FOSC ini boleh menjadi rujukan dan panduan kepada agensi berwajib berkaitan harta pusaka dalam mewujudkan pusat sehenti di negeri masing-masing. Model FOSC ini juga amat diyakini dapat memperkasakan pengurusan harta pusaka di Malaysia dan secara langsung dapat memudahkan masyarakat menguruskan harta pusaka secara mudah dan sahih.Faraid merupakan sebuah sistem pengurusan harta selepas kematian yang dianjurkan oleh Islam. Di Malaysia, bidang kuasa hal ehwal Islam termasuk pengurusan harta pusaka adalah terletak di bawah kuasa pentadbiran negeri. Walau bagaimanapun, sistem pengurusan harta pusaka pada masa kini dilihat masih memerlukan kepada penambahbaikan dan transformasi dari sudut pengurusan dan pentadbirannya. Anggaran sebanyak 60 Bilion harta masih belum dituntut disebabkan oleh kesedaran masyarakat tentang pengurusan harta pusaka masih lagi di tahap yang rendah di samping kekeliruan dengan wujudnya pelbagai agensi yang menguruskan harta pusaka. Justeru, pembangunan model pusat sehenti pengurusan harta pusaka atau FOSC (Faraid One-Stop Centre) ini merupakan sebuah inisiatif yang dibangunkan untuk memudahkan masyarakat menyelesaikan masalah berkaitan harta pusaka dengan lebih efisien dan kondusif. Model pusat sehenti pengurusan harta pusaka (FOSC) ini menyatukan semua agensi-agensi yang terlibat dengan pengurusan harta pusaka di bawah satu pusat bagi memudahkan pengurusan harta pusaka. Model FOSC terdiri daripada lima agensi iaitu Faraid USIM Consultant (FUSACA), Bahagian Harta Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad, Majlis Agama Islam Negeri dan Agensi Guaman & Perunding. Faraid USIM Consultant (FUSACA) dijadikan agensi yang berperanan penting dalam membuat keputusan dan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan. Manakala, Bahagian Harta Pusaka Kecil sebagai agensi yang merekod kes yang dipohon dan diselesaikan dan Amanah Raya Berhad merupakan agensi yang menguruskan hal yang melibatkan harta alih dan mengeluarkan Akuan atau Arahan bagi harta alih. Majlis Agama Islam Negeri menyediakan khidmat pengiraan jumlah nilaian dan bahagian harta pusaka dan Agensi Guaman & Perunding sekiranya pelanggan memerlukan khidmat peguam atau nasihat. Model FOSC ini boleh menjadi rujukan dan panduan kepada agensi berwajib berkaitan harta pusaka dalam mewujudkan pusat sehenti di negeri masing-masing. Model FOSC ini juga amat diyakini dapat memperkasakan pengurusan harta pusaka di Malaysia dan secara langsung dapat memudahkan masyarakat menguruskan harta pusaka secara mudah dan sahih

    PELAKSANAAN SULH DALAM KES TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN MELIBATKAN HARTANAH DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA: SATU ANALISIS: APPLICATION OF SULH IN JOINTLY ACQUIRED PROPERTY CASES INVOLVING REAL ESTATE PROPERTY IN MALAYSIAN SHARIAH COURTS: AN ANALYSIS

    Get PDF
    Sulh telah berperanan di dalam menyelesaikan pertikaian pihak-pihak di dalam kes tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah. Berpandukan kepada perundangan dan Arahan Amalan, kes tuntutan harta sepencarian diagihkan terlebih dahulu untuk tindakan Pegawai Sulh sebelum melalui prosiding litigasi sekiranya Majlis Sulh menemui kegagalan.Keterhadan bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam pentadbiran tanah menjadikan proses sulh suatu tugas yang mencabar. Kajian ini mengkaji pendekatan dan isu-isu pelaksanaan sulh di dalam penyelesaian kes tuntutan harta sepencarian melibatkan hartanah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif melalui metode dokumentasi dan temu bual di dalam pengumpulan data. Analisis kandungan secara deskriptif digunakan bagi menganalisis data yang dikumpulkan dan penghakimanbagi kes-kes yang telah dilaporkan dan tidak dilaporkan. Kajian ini mendapati bahawa sulh telah berjaya membantu mahkamah di dalam mempercepatkan kes tuntutan harta sepencarian bergantung kepadakomitmen dan kemahiran pegawai-pegawai sulh di dalam mengendalikannya serta kerjasama pihak-pihak. Pelbagai pendekatan telah diambil bagi penyelesaian kes tuntutan harta sepencarian melibatkan hartanah mengikut persetujuan pihak-pihak dan status hartanah yang berkaitan. Namun,penyelesaian tersebut adalah masih tertaklukkepada hukum syarak dan undang-undang. Kajian ini menjadi asas kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bagi pemantapanpelaksanaansulhsedia ada dan penyediaan garis panduan yang seragam bagi pelaksanaan sulh yang berkesan di seluruh Mahkamah Syariah di Malaysia.Abstract in English: Sulh has played a role in resolving disputes between the parties in jointly acquired property cases in the Syariah court. Based on the legislation and practice direction, the case of jointly acquired property is sorted beforehand to be dealtby sulh officer before going through the litigation proceedings if the Majlis Sulh failed. The limited jurisdiction of the Syariah court in land administration makes the sulh process a challenging task. This study examines the approach and issues of implementation of sulhin resolving jointly acquired property cases involving real estate. This study uses qualitative data collection through documents and interviews. Descriptive content analysis is used to analyze the data collected and judgement in reported and unreported cases that have successfully assisted the court in facilitating the case of harta sepencarian. It is found that the successful resolved case is depending on the commitment and skills of the sulh officers in handling it as well as the cooperation of the parties. Various approaches have been taken for the settlement of harta sepencarianin accordance with the agreement of the parties and thestatus of related real estate property. However, the settlement is still subject to Islamic lawand statute. This study is the basis for the Malaysian Syariah Judiciary Department (JKSM) to improve the existing application of sulh and to create uniformity of guidelines for the effective implementation of sulh throughout the Syariah Courts in Malaysia.   Abstract in Bahasa Melayu: Sulh telah berperanan di dalam menyelesaikan pertikaian pihak-pihak di dalam kes tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah. Berpandukan kepada perundangan dan Arahan Amalan, kes tuntutan harta sepencarian diagihkan terlebih dahulu untuk tindakan Pegawai Sulh sebelum melalui prosiding litigasi sekiranya Majlis Sulh menemui kegagalan. Keterhadan bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam pentadbiran tanah menjadikan proses sulh suatu tugas yang mencabar. Kajian ini mengkaji pendekatan dan isu-isu pelaksanaan sulh di dalam penyelesaian kes tuntutan harta sepencarian melibatkan hartanah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif melalui metode dokumentasi dan temu bual di dalam pengumpulan data. Analisis kandungan secara deskriptif digunakan bagi menganalisis data yang dikumpulkan dan penghakiman bagi kes-kes yang telah dilaporkan dan tidak dilaporkan. Kajian ini mendapati bahawa sulh telah berjaya membantu mahkamah di dalam mempercepatkan kes tuntutan harta sepencarian bergantung kepada komitmen dan kemahiran pegawai-pegawai sulh di dalam mengendalikannya serta kerjasama pihak-pihak. Pelbagai pendekatan telah diambil bagi penyelesaian kes tuntutan harta sepencarian melibatkan hartanah mengikut persetujuan pihak-pihak dan status hartanah yang berkaitan. Namun, penyelesaian tersebut adalah masih tertakluk kepada hukum syarak dan undang-undang. Kajian ini menjadi asas kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bagi pemantapan pelaksanaan sulh sedia ada dan penyediaan garis panduan yang seragam bagi pelaksanaan sulh yang berkesan di seluruh Mahkamah Syariah di Malaysia

    Harta Wasiat Orang Islam: Satu Ulasan Ringkas Dari Perspektif Perundangan Di Malaysia

    Get PDF
    Secara amnya, pentadbiran harta pusaka dan harta wasiat di Malaysia mengguna pakai dua sistem undang-undang iaitu undang-undang Islam dan undang-undang Sivil yang mana pemakaiannnya adalah bersifat selari (parallel). Secara teorinya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif mengenai Hukum Syarak dalam hal undang-undang perwarisan orang Islam, tetapi praktikalnya menunjukkan bahawa undang-undang sedia ada seolah-olah memberi kuasa yang lebih kepada Mahkamah Sivil dan institusi-institusi lain di peringkat persekutuan. Ini kerana tiada undang-undang prosedur yang khusus untuk mentadbir harta wasiat orang Islam. Walaupun pentadbiran dan pengurusan harta wasiat berjalan seperti biasa, tetapi tidak dapat dinafikan masih wujud kelompangan undang-undang dan isu-isu tertentu yang seringkali timbul sebelum dan selepas sesuatu pentadbiran harta wasiat dilaksanakan. Justeru itu, kajian ini lebih memberi fokus kepada aspek perbincangan isu-isu yang timbul dalam perundangan harta wasiat khususnya orang Islam di Malaysia. Penulisan ini menggunakan kaedah kepustakaan bagi mendapatkan data-data yang merupakan dokumen-dokumen seperti buku akademik, kertas-kertas kerja, jurnal, statut, laporan perundangan, surat pekeliling dan maklumat-maklumat daripada laman sesawang. Hasil penulisan ini menampakkan beberapa isu yang berbangkit melibatkan beberapa aspek penting dalam perundangan

    Harta wasiat orang Islam: satu ulasan ringkas dari perspektif perundangan di Malaysia / Nor Adila Mohd Noor ... [et al.]

    Get PDF
    Secara amnya, pentadbiran harta pusaka dan harta wasiat di Malaysia mengguna pakai dua sistem undang-undang iaitu undang-undang Islam dan undang-undang Sivil yang mana pemakaiannnya adalah bersifat selari (parallel). Secara teorinya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif mengenai Hukum Syarak dalam hal undang-undang perwarisan orang Islam, tetapi praktikalnya menunjukkan bahawa undang-undang sedia ada seolah-olah memberi kuasa yang lebih kepada Mahkamah Sivil dan institusi-institusi lain di peringkat persekutuan. Ini kerana tiada undang-undang prosedur yang khusus untuk mentadbir harta wasiat orang Islam. Walaupun pentadbiran dan pengurusan harta wasiat berjalan seperti biasa, tetapi tidak dapat dinafikan masih wujud kelompangan undang-undang dan isu-isu tertentu yang seringkali timbul sebelum dan selepas sesuatu pentadbiran harta wasiat dilaksanakan. Justeru itu, kajian ini lebih memberi fokus kepada aspek perbincangan isu-isu yang timbul dalam perundangan harta wasiat khususnya orang Islam di Malaysia. Penulisan ini menggunakan kaedah kepustakaan bagi mendapatkan data-data yang merupakan dokumen-dokumen seperti buku akademik, kertas-kertas kerja, jurnal, statut, laporan perundangan, surat pekeliling dan maklumat-maklumat daripada laman sesawang. Hasil penulisan ini menampakkan beberapa isu yang berbangkit melibatkan beberapa aspek penting dalam perundangan

    Elemen-elemen gharar dalam perjanjian Bay' bithaman al-ajil (BBA): Suatu kajian ke arah penambahbaikan

    Get PDF
    Bai’ bithaman al-ajil (BBA) sebagaimana diamalkan di Malaysia pada hakikatnya merupakan aplikasi kontrak bay’ al-‘inah. Justeru, memandangkan bay’ al-‘inah merupakan kontrak yang pernah diperdebatkan aspek keharusannya. Timbul suatu kecenderungan semasa untuk beralih kepada kontrak-kontrak Syariah lain yang kurang menimbulkan khilaf dan kontroversi hukum serta konflik persepsi.Pembiayaan perumahan secara Islam yang terdapat dalam pasaran pada masa ini, sebahagian besarnya adalah distrukturkan berdasarkan kontrak BBA.Kontrak ini adalah kontrak antara tiga pihak iaitu pemaju perumahan, bank dan pengguna.Dalam perundangan Islam, kontrak jual beli boleh menjadi satu akad yang fasid jika penjual gagal menyerahkan ma'qud alaih semasa akad dibuat.Kontrak BBA sepatutnya terbatal jika rumah tadi gagal disiapkan, terbengkalai atau gagal diserahkan kepada pembeli dalam tempoh yang ditetapkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujud elemen-elemen gharar (kesamaran atau 'uncertainty') dalam kontrak BBA seperti ditawarkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad.Gharar berlaku apabila melibatkan pembelian rumah berstatus dalam pembinaan yang akhirnya terbengkalai dan gagal diserahmilik kepada pengguna selaku pembeli.Kajian yang telah dijalankan adalah berdasarkan dua bentuk utama yang digarapkan bersama iaitu kualitatif dan kajian lapangan.Melalui kajian berbentuk kualitatif, para penulis mengutamakan usaha untuk mencari dan memberikan keterangan.Bentuk kajian lapangan berasaskan temubual merupakan salah satu bentuk penyelidikan sosial.Temubual merupakan satu interaksi sosial bertujuan mengumpul maklumat bagi tujuan kajian ini.Sesi ilmiah bercorak perbualan terbuka dengan responden atau informen berotoriti berkenaan tema kajian telah dijalankan.Para penulis telah berusaha untuk memperoleh maklumat berkualiti dengan memberikan tumpuan terhadap persoalan tentang prosedur dan terma-terma yang terkandung di dalam kontrak BBA. Sehubungan itu, kajian bertujuan untuk memberikan sumbangan yang praktikal kepada pembangunan produk perbankan Islam di Malaysia khusus pembiayaan perumahan Islam yang berlandaskan kerangka rekonstruktif melalui usaha penilaian semula kontrak BBA.Lakuna-lakuna atau kelemahan-kelemahan di dalam BBA ini mungkin boleh diatasi melalui cara perkongsian yang lain, iaitu musyarakah al-mutanaqisah (MM).Kaedah MM atau kaedah perkongsian berkurangan kini dikemukakan sebagai alternatif kepada BBA.Terdapat dua bahagian dalam kontrak ini.Pertama, pelanggan membuat perkongsian (musyarakah) dengan bank di bawah konsep syirkah al-milk (pemilikan bersama).Kedua, bank memajak sahamnya ke atas pemilikan rumah berkenaan kepada pelanggan di bawah konsep ijarah (pajakan/sewa).Ketiga, pihak bank disarankan mengenalpasti pemaju-pemaju perumahan yang bermasalah dan diberi peringatan kepada pelanggan. Terma-terma seperti mensyaratkan pembeli agar mencadangkan pembelian dengan pemaju yang telah dipastikan latarbelakangnya berdasarkan rekod-rekod sebelumnya. Penulis-penulis tidak berhasrat mempertikaikan keputusan dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara berkaitan keharusan penawaran produk BBA.Namun, usaha-usaha penambahbaikan yang pro-aktif, konstruktif dan sistematik perlu diambil bagi memantapkan lagi kontrak BBA khusus dalam pembiayaan perumahan secara Islam

    Penasaban anak kelahiran kurang enam bulan: kajian terhadap keperluan pelaksanaannya berasaskan fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis

    Get PDF
    The decision of the Court of Appeal approving the filiation of children born less than six months in 2017 brought polemic in the community because it contradicted the legal view of illegitimate children in Malaysia. However, the decision is seen to be in line with the fatwa by the Perlis State Fatwa Committee (JFN), which convicting the filiation of children born less than six months. However, the enforcement of the fatwa has faced difficulties due to obstacles from a technical point of view. Following this, a study was conducted to examine the submissions of Islamic scholars regarding the filiation of children born less than six months; as well as reviewing the submissions of JFN Perlis in determining the fatwa. The study also analyzed the necessity of the enforcement regarding the determination of filiation of children born less than six months according to JFN Perlis in Malaysia. Then, the study analyzes its feasibility for use in Malaysia. The study is qualitative in nature involving documentation, archiving and interviews. The findings were then analysed inductively using content analysis methods. The archive files that was examined are within 10 years, from 2009 to 2019, involving data from the agencies of the Social Welfare Department (JKM), and the Syariah Judiciary Department for five states, namely Perlis, Perak, Selangor, Terengganu and Johor. The interviews involved eight categories, namely (a) members of JFN Perlis; (b) a member of the Perlis Islamic Religious Council; (c) Syariah Judges; (d) JKM officers; (e) individuals with illegal status; (f) pregnant women without marriage; (g) the father of an illegitimate child; and (h) the individual to whom the affected party is referred. The results of the study show that the filiation of children born less than six months is based on Islamic arguments; as well as maslahah which is the priority of JFN Perlis in deciding the fatwa. The study also presents the existence of society's need for the filiation of children born less than six months and its enforceability based on loopholes in the legislation and the arguments of the opposing party. Finally, the study concludes that the filiation of children born less than six months can be implemented but first it requires some actions that the authorities need to take based on the implementation measures provided according to the legislation in the study. The implications from this research will become an input for the authorities to ensure that the welfare of the illegitimate child is the objective in the observation towards the implementation of filiation for the children born less than six months in Malaysia

    Kajian pola perbandingan kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri di era Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)

    Get PDF
    Dr Mahathir Mohamad was twice appointed as Prime Minister of Malaysia, the first time in 1981 and 2018 for the second time. The post of Prime Minister he held represented two different party coalitions, namely Barisan Nasional (BN), 1981-2003 for 22 years and Pakatan Harapan (PH) in 2018 at the helm for 22 months. This study aimed to examine differences in terms of effective leadership patterns between the two eras. For the purpose of obtaining appropriate data, two methods are used, namely bibliographic studies by reference to writing materials, documents, articles, journals, articles, papers and academy books with the aim of creating conceptual images and issues that form the basis of the analysis of the study discussion. The second method through face-to-face interviews using unstructured questions involved twelve study participants comprising five politicians, five civil servants and two leaders of nongovernmental organizations. The purpose of this method is to obtain supporting data on the effective leadership practices expressed by Dr Mahathir in both eras. The summary and results of the study found that Dr Mahathir's leadership effectiveness was at a higher level in his era of leading the government under the auspices of BN than during the PH era. This is due to the encouragement and contribution of five core factors, namely the full support of BN members and leadership, the consistent absolute victory by BN in the series of elections from 1986-1999, the support of civil servants who were together in Dr Mahathir's leadership mission, the use of sanctions and containment elements on political enemies, industrialisation policies and major economic structural changes that benefited the people. The end of the study also concludes that the effective leadership of the PH era failed to be translated by Dr Mahathir due to the constraints of age, time and ideological differences and goals among PH's own component parties thus leaving Dr Mahathir without full control to determine, direct and dominate as when he was in charge of the government under the previous BN governance. The implications cause in the era of PH the country and society to suffer losses in various fields
    corecore