Pengaruh faktor situasi terhadap amalan tingkah laku kitar semula dalam kalangan pelajar tingkatan enam di daerah Beaufort, Sabah

Abstract

Kegagalan dalam menguruskan sisa pepejal boleh mengakibatkan kemerosotan sumber alam sekitar. Bagi mengurangkan penggunaan sumber asli, guna semula barangan perlu menjadi salah satu kaedah yang boleh diamalkan. Program kitar semula sering dijadikan antara aktiviti bagi menggalak dan mendidik masyarakat mengenai penggunaan semula barangan. Walaupun kesedaran pengguna sedikit sebanyak mulai meningkat melalui program tersebut, namun penyertaan dalam kitar semula masih rendah. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh faktor situasi terhadap tingkah laku kitar semula. Kajian ini akan menggunakan data yang diperoleh melalui tinjauan terhadap 259 pelajar yang terpilih secara persampelan rawak mudah dari tujuh buah pusat tingkatan enam dalam daerah Beaufort, Sabah, Malaysia. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens (korelasi dan regresi). Dapatan kajian menunjukkan bahawa min tahap situasi adalah berada pada tahap sederhana manakala amalan tingkah laku kitar semula berada pada tahap tinggi. Hasil analisis korelasi (Pearson) pula menunjukkan faktor situasi mempunyai hubungan yang signifikan terhadap tingkah laku kitar semula pada tahap yang sederhana. Selain itu, faktor situasi juga memberi pengaruh yang signifikan kepada amalan tingkah laku kitar semula di rumah namun pada tahap sederhana. Penemuan ini mempunyai implikasi yang ketara khasnya bagi memberi maklumat yang lebih tepat berkenaan faktor yang mempengaruhi amalan kitar semula. Hasil kajian ini dapat digunakan untuk menjana idea dan cadangan untuk meningkatkan amalan dan tingkah laku pro-alam sekitar yang menyokong kitar semula dalam kalangan pelajar sekolah

Similar works

This paper was published in UKM Journal Article Repository.

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.