Kajian kes Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lwn Bank Islam (M) Berhad mengenai isu penentuan keputusan oleh Mahkamah atau Majlis Penasihat Shariah dalam hal-hal kewangan dan perbankan Islam

Abstract

Majlis Penasihat Shariah (SAC) telah ditubuhkan di bawah Bank Negara Malaysia bagi tujuan menyelaras prinsip-prinsip Islam di dalam isu-isu kewangan dan merupakan badan rujukan utama di dalam kes-kes berkaitan kewangan Islam di dalam negara. Walaubagaimanapun, pindaan Akta Bank Negara Malaysia 2009 telah memberi kesan kepada keputusan SAC berkaitan isu kewangan Islam apabila SAC dapat mengikat mahkamah sivil untuk mengikutnya di dalam keputusan sesuatu kes. Berikutan masalah ini, kuasa SAC telah dilihat bertentangan dengan semangat perlembagaan melalui hak kesamarataan dan hak mahkamah untuk membuat keputusan tanpa terikat dengan mana-mana badan.Pindaan yang dibuat di dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 melalui beberapa peruntukan juga dianggap sebagai bertentangan dengan perlembagaan (unconstitutional). Kertas kerja ini akan menggunakan kaedah kajian perbandingan (comparative study) yang melibatkan perbandingan beberapa akta dan peruntukan undang-undang serta perlembagaan persekutuan.Kertas kerja ini juga mencadangkan agar kedudukan SAC diperkemaskan melalui kewujudan akta baru iaitu Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) dan peranan SAC dapat diperkukuhkan demi kemaslahatan perbankan dan kewangan Islam

Similar works

This paper was published in UUM Repository.

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.