'Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)'
Abstract
Kepentingan terjemahan berita semakin meningkat dalam beberapa dekad yang lalu. Oleh hal
demikian pengkaji memilih untuk mengkaji tentang terjemahan berita Bahasa
Inggeris(Bahasa Sumber) ke dalam berita Bahasa Tamil(Bahasa Sasaran). Pengkaji
menghadkan kepada berita jenayah kerana berita ini sangat popular di negara kita baru-baru
ini. Oleh itu, semua orang perlu tahu tentang berita tersebut. Apabila penterjemah tidak mahir
dalam bahasa sumber dan tidak dapat memahami teks asal hasilnya akan mengelirukan para
pembaca. Tidak ada dua perkataan yang betul- betul membawa maksud yang sama dalam dua
bahasa yang berlainan. Maka, penterjemah perlu menggantikannya dengan perkataan yang
hampir sama maksud dengannya. Erti kata lain penterjemah perlu mencari kata sepadannya.
Rentetan itu, kajian ini akan mengenalpasti cara penterjemahan dinamis dalam terjemahan
berita jenayah Bahasa Inggeris ke berita Bahasa Tamil serta membincangkan kefahaman
berita terjemahan pembaca sasaran. Kajian ini akan menggunakan teori terjemahan dinamis
bagi mengenalpasti cara terjemahan dinamis. Di samping itu, soal selidik yang akan
melibatkan 100 orang pembaca sasaran akan digunakan untuk membincang kefahaman berita
terjemahan. Adalah diharapkan kajian yang akan datang menumpukan kepada analisis
terjemahan tajuk berita, kandungan berita dengan menggunakan teori terjemahan yang
berlainan supaya menghasilkan dapatan yang berbeza
Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.