Article thumbnail

Sistem perkongsian kereta atas talian / Norzaily Jasmi

By Jasmi Norzaily

Abstract

Sistem Perkongsian Kereta atas talian merupakan sistem yang berasakan web yang memberikan perkhidmatana perkongsian kereta di kawasan-kawasan yang dilanda kesesakan yang teruk. Penduduk dikawasan itu boleh menumpang sekiranya ada penduduk lain yang mendaftarkan keretanya untuk ditumpangankan. Pemandu itu akan mendapat bayaran daripada penumpang secara manual.Obejktif utama pembangunan Sistem Perkongsian Kereta atas talian adalah menyediakan sebuah sistem yang mampu memberikan perkhidmatan perkongsian kereta kepada pengguna dengan lebih efektif. Selain itu, menjimatkan masa, tenaga dan wang pengguna. Kajian dan penyelidikan yang dibuat dimana merangkumi proses-proses seperti Maklumat daripada Bilik Dokumen, Fakulti Sains Komputer% Teknologi Maklumat, Penggunan Enjin Pencarian dan Temuramah secara Tidak Formal. Analisi ini mengambilkira pelbagai faktor termasuklah keperluan pengguna, antaramuka pengguna dan spesifikasi yang diperlukan. Rekabentuk melibatkan proses mereka antaramuka dan senibina keseluruhan Sistem Perkongsian Kereta atas talian ini. Sistem Perkongsian Kereta atas talian dibangunkan menggunakan Microsoft Access 2000 untuk rekabentuk pengkalan data, ASP untuk teknologi pengaturcaraan web, IIS untuk pelayan web, bahasa skrip menggunakan Visual Basic dan Java dan penyunting web adalah Macromedia Dreamweaver MX. Keperluan ini sememangnya diperlukan untuk membangunkan Sistem Perkongsian Kereta atas talian

Topics: QA75 Electronic computers. Computer science, QA76 Computer software
Year: 2004
OAI identifier: oai:studentsrepo.um.edu.my:10461

Suggested articles


To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.