Menangani cabaran dan masalah gangguan seksual dari perspektif undang-undang di Malaysia

Abstract

Gangguan seksual berbentuk perkataan atau sentuhan merupakan antara muqaddimah kepada berlakunya jenayah perlakuan seksual yang lebih berat.Dalam menangani cabaran dan masalah ini, usaha memahamkan masyarakat, mendidik para tenaga kerja di semua peringkat organisasi, membendung serta menghukum selepas melalui proses perundangan tertentu perlu dilaksanakan.Lantaran, kertas ini cuba memapar serta membincangkan kesalahan, cabaran dan masalah gangguan seksual dalam organisasi perniagaan semasa dengan mengambil perspektif undang-undang di Malaysia, sebagai rujukan asas.Persolan mengenai hak mangsa, bentuk-bentuk hukuman serta beberapa kes gangguan seksual yang telah berlaku di dalam dan luar negara turut disebut sebagai asas perbandingan bagi memperkukuh perbincangan dan cadangan dalam menangani cabaran dan masalah gangguan seksual ini

Similar works

This paper was published in UUM Repository.

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.