Skip to main content
Article thumbnail
Location of Repository

Kepelbagaian isu dalam pentadbiran dan pembangunan di Malaysia

By 

Abstract

Buku ini ialah koleksi artikel yang memaparkan pelbagai isu merangkumi sosial, ekonomi dan politik dari sudut pentadbiran dan pembangunan di Malaysia.Artikel yang terdapat di dalam buku ini telah diolah agar bertepatan dengan temanya iaitu Kepelbagaian Isu dalam Pentadbiran dan Pembangunan di Malaysia.Kerencaman dalam pentadbiran awam di Malaysia dapat dilihat melalui artikel pertama yang menyentuh aspek kecekapan, pembaharuan dan perubahan struktur, akauntibiliti serta disiplin dan penilaian prestasi dalam kalangan kakitangan awam.Isu ekonomi turut membincangkan beberapa strategi bagi menangani kemelut yang melanda negara.Antara polisi yang diambil seperti penubuhan Majlis Bertindak Ekonomi Negara (MBEN), Penyusunan Semula Institusi Kewangan dan Kawalan Mata Wang Terpilih telah dilaksanakan.Dari sudut politik pula, terdapat artikel yang menyentuh falsafah pemikiran bekas perdana menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.Selain itu, isu politik federalisme yang turut dibincangkan ialah berkenaan sejarah awal kemerdekaan Tanah Melayu, kuasa serta kes imigresen yang berlaku di Sabah dan Sarawak.Aspek lain yang turut diberi perhatian ialah perbelanjaan pembangunan, corak perbelanjaan pembangunan di Malaysia, pengangkutan, pentadbiran undang-undang alam sekitar, unsur sejarah dalam konteks pembukaan Pulau Pinang dan pembangunan sosial dari sudut agama Islam.Selain daripada itu, elemen komunikasi turut dipaparkan

Topics: HD28 Management. Industrial Management, JQ Political institutions Asia
Publisher: Penerbit Universiti Utara Malaysia
Year: 2006
OAI identifier: oai:repo.uum.edu.my:6296
Provided by: UUM Repository
Download PDF:
Sorry, we are unable to provide the full text but you may find it at the following location(s):
  • http://lintas.uum.edu.my:8080/... (external link)
  • http://repo.uum.edu.my/6296/ (external link)
  • Suggested articles


    To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.