Article thumbnail

Konsep taghyir khalqillah menurut muhaddithin: Analisis terhadap hadith larangan al-wasl, al-washm, al-nams dan al-tafalluj

By M.N. Hamdan and M.A. Ramli

Abstract

Taghyir Khalqillah sering digunakan sebagai „illah larangan sesuatu perbuatan yang mengubah bentuk asal tubuh badan manusia. Hujah yang dikaitkan dengan taghyir khalqillah adalah hadith larangan Nabi SAW terhadap al-wasl, al-washm, al-nams dan al-tafalluj. Hadith ini sebenarnya dipetik dari komentar mufassirin terhadap huraian ayat al-Qur‟an mengenai taghyir khalqillah, iaitu surah al-Nisa‟, ayat 119. Menurut sebahagian muhaddithin, empat perbuatan tersebut dilarang kerana mengubah ciptaan Allah SWT, manakala sebahagian pihak pula mengemukan „illah yang lain. Justeru, artikel ini akan membincangkan konsep taghyir khalqillah pada bahasa, di samping definisi, hukum dan „illah larangan al-wasl, al-washm, al-nams dan al-tafalluj. Semua perbincangan muhaddithin dirujuk menerusi huraian mereka terhadap hadith berkaitan empat perbuatan tersebut. Terdapat beberapa „illah larangan menurut muhaddithin seperti taghyir khalqillah, penipuan, bertujuan kecantikan, tasyabbuh dengan pelaku maksiat, kesan taghyir kekal pada badan dan penggunaan unsur najis. „Illah larangan selain taghyir khalqillah tadi akan digunakan sebagai mukhassis kepada „illah taghyir khalqillah. Akhirnya, satu rajah konsep taghyir khalqillah menurut muhaddithin akan dicadangkan melalui takhsis „illah taghyir khalqillah ini

Topics: BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc, Q Science (General), T Technology (General)
Year: 2017
OAI identifier: oai:eprints.um.edu.my:18545
Provided by: UM Digital Repository

To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.

Suggested articles