'Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)'
Abstract
Kertas ini mengkaji secara empirik faktor penentu keberuntungan dan produktiviti firma insurans am di Malaysia.
Model struktur berasaskan teori Structure Conduct and Performance (SCP) telah digunakan untuk menganggar dua
fungsi utama iaitu fungsi keberuntungan dan fungsi produktiviti. Kajian menggunakan data panel bagi tempoh 40
tahun yang melibatkan 50 buah syarikat insurans untuk penganggaran model penentu keberuntungan dan produktiviti
firma insurans dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Dua Peringkat (2SLS). Empat hipotesis telah diuji
iaitu hipotesis SCP, hipotesis Relative Market Power (RMP), hipotesis Efficient-Structure (ES) dan hipotesis Market-
Power (MP). Dapatan kajian menunjukkan fungsi keuntungan firma insurans am mempunyai hubungan yang positif
dan signifikan dengan pendapatan premium, pulangan atas pelaburan dan pusing ganti aset tetap. Syer pasaran,
pusing ganti jumlah aset dan harga insurans pula mempunyai hubungan yang negatif dengan fungsi keuntungan firma
insurans am. Dalam fungsi produktiviti firma, terdapat hubungan positif yang signifikan antara pulangan atas aset,
produktiviti pengurusan, syer pasaran, komisen agen dan pusing ganti aset tetap dengan fungsi produktiviti firma
insurans am. Sementara itu, pemboleh ubah pusing ganti jumlah aset, pulangan atas pelaburan, produktiviti buruh
dan harga insurans pula mempunyai hubungan negatif dengan fungsi produktiviti firma insurans am
Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.