Article thumbnail

Masalah sosial: Apa peranan komuniti?

By Mohammad Shatar Sabran

Abstract

Hampir setiap hari masyarakat di negara ini didedahkan dengan pelbagai masalah sosial. Masalah yang berlaku pada hari ini tidak mengira bangsa, agama, keturunan, dan umur. Keadaan menjadi lebih serius lagi apabila kebanyakkan mereka yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial ini adalah dikalangan remaja. Senario ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia akan memberikan kesan yang amat ketara kepada pembangunan dan kestabilan negara pada masa hadapan. Justeru itu pelbagai langkah drastik perlu dilaksanakan sebelum masalah sosial yang berlaku di negara ini terutamanya di kalangan remaja menjadi lebih serius lagi. Pelbagai pihak perlulah berganding bahu untuk memastikan masalah sosial yang berlaku pada hari dapat diselesaikan dengan secepat mungkin sebelum terlambat. Sebelum nasi menjadi bubur, pihak-pihak yang terlibat perlulah melangsanakan pelbagai langkah yang perlu untuk membenteras masalah sosial ini. Kertas kerja ini akan membincangkan peranan yang perlu dimainkan oleh komuniti untuk memastikan masalah sosial yang berlaku pada hari dapat dibendung dengan berkesan. Pendekatan yang dikenali sebagai Community Centered Model (CCM), akan membincangkan dengan terperinci apakah peranan yang perlu dimainkan oleh komuniti yang terlibat untuk menyelesaikan masalah sosial yang berlaku pada hari ini. Strategi dan kaedah yang dicadangkan oleh model ini akan dapat membantu setiap komuniti yang terlibat untuk menyelesaikan sebarang masalah sosial yang berlaku. Adalah diharapkan melalui cadangan yang dikemukan oleh CCM ini, komuniti di negara ini bukan sahaja mampu untuk membenteras masalah sosial yang berlaku dengan lebih berkesan, malah ia juga dapat membawa masyarakat yang terlibat ke arah kemajuan yang membanggakan di masa yang akan datang

Topics: HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Year: 2004
OAI identifier: oai:repo.uum.edu.my:2153
Provided by: UUM Repository

To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.

Suggested articles