Location of Repository

Keperkasaan bahasa melayu dalam kurikulum pendidikan teknik dan vokasional : satu kajian kes di institusi pendidikan teknikal di Malaysia

By Ahmad Esa, Jailani Mohd Yunos and Mohd Yusop Ab Hadi

Abstract

Era globalisasi dan liberalisasi memberi impak kepada dominasi bahasa asal sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, bahasa Melayu seakan terpinggir kepentingannya terutama di institusi pendidikan teknikal dek justifikasi kurangnya kemampuan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian kurikulum. Lontaran idea sedemikian sekaligus mewujudkan sindrom ketidakyakinan ahli akademik Melayu terhadap khazanah bangsa. Ironinya, orang luar pula mengiktiraf keperkasaan bahasa Melayu sebagai wacana ilmu seperti diutarakan oleh Collins (2000) iaitu bahasa Melayu berpotensi menjadi bahasa berwibawa. Kelangsungan daripada pandangan tersebut, difikirkan satu keperluan untuk mengenal pasti keperkasaan bahasa Melayu menjadi wacana ilmiah di sesebuah institusi pendidikan teknikal. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Topics: LB2361 Curriculum, PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Year: 2002
OAI identifier: oai:eprints.uthm.edu.my:4005
Download PDF:
Sorry, we are unable to provide the full text but you may find it at the following location(s):
  • http://eprints.uthm.edu.my/400... (external link)
  • http://eprints.uthm.edu.my/400... (external link)
  • Suggested articles

    Preview


    To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.