Location of Repository

Pembelajaran berbantu komputer: aras penguasaan kemahiran pelajar dalam penyelesaian masalah

By Saifullizam Puteh, Mohd Zairulniza Jaludin and Ahmad Rizal Madar

Abstract

Dewasa ini bahan Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) begitu luas digunakan sebagai media pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui aras kemahiran yang dikuasai oleh pelajar dalam menggunakan kaedah PBK dengan kumpulan pelajar yang tidak menggunakannya. Perisian Electronic Workbench digunakan dalam kajian ini sebagai bahan PBK. Kajian ini mengenal pasti penggunaan PBK sebagai satu alat kognitif yang boleh digunakan dalam penjanaan kemahiran penyelesaian masalah. Sampel dalam kajian ini ialah 72 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik Kursus Elektrik dan Elektronik sesi 2004/2005 di Politeknik Ungku Omar, Perak. Sampel di dalam kajian ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Data dianalisis satu persatu mengikut tahap aras kemahiran domain kognitif yang ditetapkan oleh Bloom’s. Terdapat enam hipotesis kajian yang dibentuk bagi persoalan kajian diuji dengan menggunakan ujian-t sampel bebas. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dari segi tahap aras kemahiran. Kesimpulan daripada kajian ini ialah penggunaan PBK dalam pembelajaran dapat meningkatkan prestasi pelajar

Topics: LB1024 Teaching (Principles and practice), LB1050 Educational psychology
OAI identifier: oai:eprints.uthm.edu.my:2811

Suggested articles

Preview


To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.