research

Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru di tiga buah sekolah rendah di Seremban.

Abstract

Gaya kepimpinan guru besar berkait rapat dengan kejayaan sesebuah sekolah yang ditadbirnya. Sebagai pemimpin utama di sekolah, guru besar perlu berupaya mempengaruhi semua guru untuk melaksanakan program. Keadaan ini boleh dicapai jika guru besar mempunyai gaya kepimpinan yang dapat memenuhi kepuasan kerja guru-guru. Justeru itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru. Empat aspek yang dikaji adalah persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar, tahap kepuasan kerja guru-guru, perbezaan gaya kepimpinan di antara guru besar dan hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru-guru. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif jenis tinjauan sampel. Responden kajian terdiri daripada 136 orang guru dari tiga buah sekolah rendah di Zon Seremban 2, Seremban. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13.0 untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawaian, Annova dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi pada ketiga-tiga gaya iaitu demokratik, autokratik dan laissez faire. Bagi tahap kepuasan kerja guru pula berada pada tahap yang tinggi iaitu nilai min 3.705. Berdasarkan dapatan kajian tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar di tiga buah sekolah ini. beberapa cadangan diketengahkan bagi meningkatkan lagi kemahiran kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru

Similar works

This paper was published in UTHM Institutional Repository.

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.