Kompetensi pembimbing syarikat bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

Abstract

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) merupakan satu sistem latihan dan usahasama antara sektor awam dan sektor swasta dilaksanakan untuk melahirkan tenaga mahir k-worker selari dengan keperluan industri masa kini untuk membangunkan ekonomi negara. Pihak kerajaan dan syarikat swasta menaja pekerja pilihan mereka sebagai pelatih dalam sistem latihan ini bagi mempertingkatkan kebolehan pekerja mereka. Selain itu, pelatih juga terdiri daripada pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Sistem ini menjalankan pendekatan day release iaitu pelatih menjalani latihan selama empat hari di industri dan satu hari di institusi latihan atau block release iaitu pelatih menjalani latihan kemahiran di industri empat bulan dan satu bulan di institusi latihan mengikut kesesuaian industri tersebut. Kajian berbentuk deskriptif dijalankan untuk melihat melihat tahap kompetensi pembimbing SLDN. Selain itu juga, kajian ini dijalankan bagi melihat perbezaan terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap pembimbing SLDN berdasarkan jantina. Kajian ini juga dibuat bagi menentukan hubungan kompetensi pembimbing berdasarkan pengalaman bekerja. Penyelidikan tinjauan deskriptif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian berskala Likert. Seramai 84 orang responden yang terdiri daripada pembimbing syarikat bertauliah SLDN terlibat di dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 16.0. Hasil analisis mendapati pembimbing mempunyai pengetahuan yang tinggi di samping kemahiran dan sikap. Keputusan inferensi pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap pembimbing berdasarkan jantina manakala analisis korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan antara kompetensi pembimbing berdasarkan pengalaman bekerja

Similar works

This paper was published in UTHM Institutional Repository.

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.