Tahap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar kejuruteraan tahun akhir di Politeknik KPM

Abstract

Dalam dunia yang semakin berkembang dengan pesat, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada kemahiran insaniah agar pelajar mereka dapat menyesuaikan dan melengkapkan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki pelbagai kemahiran. Sehubungan dengan ini, kajian ini dilaksanakan adalah mengenal pasti tahap kemahiran insaniah dari segi komunikasi, menyelesaikan masalah secara kritis dan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar kejuruteraan tahun akhir di Politeknik Premier Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada 350 orang pelajar diploma tahun akhir sesi 2013/2014 dari bidang kejuruteraan yang ada ditawarkan di Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Ibrahim Sultan. Kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dimana untuk menjawab setiap persoalan kajian. Instrumen kajian yan digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi maklumat diri dan item elemen kemahiran insaniah. Data yang diperolehi dianalisis secara diskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kemahiran insaniah pelajar Politeknik Premier Malaysia berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan adalah 4.16, dimana aspek kemahiran komunikasi adalah 4.17, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis adalah 4.15 dan kemahiran kerja berpasukan adalah 4.16. Untuk melihat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan jantina, Ujian-t tidak bersandar digunakan dan hasil dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran insaniah bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Secara keseluruhannya, tahap kemahiran insaniah pelajar kejuruteraan tahun akhir di Politeknik Premier adalah tinggi berdasarkan persepsi dan ini telah membuktikan setiap pelajar menitikberat kemahiran insaniah agar mereka dapat bersaing di pasaran

Similar works

This paper was published in UTHM Institutional Repository.

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.