Skip to main content
Article thumbnail
Location of Repository

Cabaran-cabaran dalam pendidikan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sarjana : tinjauan ke atas pelajar Sarjana Pendidikan (Teknikal) di KUiTTHO

By Asmiza Osman

Abstract

Kajian ini adalah usaha untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar Sarjana Pendidikan (Teknikal) KUiTTHO. Aspek penting dalam cabaran tersebut terbahagi kepada 3 aspek utama iaitu aspek Institusi, Situasi dan Psikologi. Selain daripada itu aspek perbezaan cabaran tersebut yang dihadapi oleh pelajar mengikut jantina juga turut dikaji. Seramai 180 pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) iaitu lebih kurang 54% daripada populasi telah dipilih sebagai responden. Pemilihan dibuat secara rawak dan dipilih daripada pelajar sarjana lelaki dan wanita semester I, II dan III Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu A (demografik), B (cabaran Institusi, Situasi dan Psikologi) dan C (Pendapat Umum). Data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisa dalam bentuk min, ujian T dan ANOVA Satu Hala. Keputusan dibentangkan dalam bentuk jadual dan rajah. Dapatan kajian menunjukkan tidak ada faktor cabaran yang muncul menjadi cabaran utama dalam pendidikan. Selain itu tidak wujud perbezaan pendapat terhadap cabaran pendidikan dewasa antara pelajar saijana lelaki dan wanita

Topics: LB1603 Secondary Education. High schools
Year: 2001
OAI identifier: oai:eprints.uthm.edu.my:1499

Suggested articles


To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.