Skip to main content
Article thumbnail
Location of Repository

Amalan penggunaan internet di kalangan pelajar Sarjana Muda Kolej Universiti Teknologi Tun HUssein Onn (KUiTTHO)

By Noorman Farid Mohammad Noor

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau amalan penggunaan internet di kalangan pelajar Sarjana Muda Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) semasa dalam proses pembelajaran, Fokus utama kajian merangkumi keutamaan aplikasi internet, pemilihan maklumat, kecenderungan serta faktor - faktor yang mendorong pelajar menggunakan internet. Seramai 351 orang responden telah dipilih dan soal selidik selidik digunakan sebagai instrumentasi kajian. Data - data yang diperolehi dianalisis secara komputer berasaskan kaedah statistik. Dapatan kajian menunjukkan amalan penggunaan internet di kalangan pelajar Saijana Muda adalah positif dari segi keutamaan pemilihan aplikasi, keutamaan pemilihan maklumat, dan juga faktor - faktor kecenderungan pelajar untuk menggunakan internet. Rata-rata pelajar menggunakan kemudahan internet untuk aktiviti-aktiviti yang berfaedah semasa dalam proses pembelajaran

Topics: LB2361 Curriculum
Year: 2001
OAI identifier: oai:eprints.uthm.edu.my:1479

Suggested articles


To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.