Location of Repository

Persepsi terhadap profesyen juruaudit di kalangan pelajar aliran perdagangan sekolah menengah teknik sekitar Negeri Sembilan

By Md Hidayat Abd. Jalil

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi terhadap profesyen juruaudit daripada responden (pelajar aliran perdagangan sekolah menengah teknik, sekitar Negeri Sembilan). Kesemua data yang telah dikumpul akan dijadikan platform untuk membangunkan CD-ROM yang boleh digunakan sebagai panduan dan pengetahuan am terutamanya kepada para pelajar. Bagi kegunaan sekolah, guru boleh menayangkan CD-ROM ini sebagai motivasi kepada bekas pelajar PMR (Penilaian Menengah Rendah) untuk memilih keIjaya ini (aliran perdagangan) apabila mereka memasuki tahap pendidikan yang lebih tinggi (tingkatan empat). Tambahan pula, ia memberi sedikit pendedahan kepada pelajar berkaitan keIjaya mereka pada masa depan. Keseluruhan data telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 11.5 di mana statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan dan crosstabulation telah digunapakai untuk menganalisis data. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa secara majoritinya, kesemua responden mempunyai persepsi yang salah mengenai profesyen juruaudit berpandukan kepada jenis juruaudit, tanggungjawab juruaudit, peraturan yang perlu dipatuhi oleh juruaudit dan pihak yang terlibat dengan profesyen juruaudit. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa secara umumnya, persepsi responden lelaki sebenamya lebih tepat sekiranya dibandingkan dengan responden perempuan

Topics: HF5001-6182 Business
Year: 2004
OAI identifier: oai:eprints.uthm.edu.my:1259
Download PDF:
Sorry, we are unable to provide the full text but you may find it at the following location(s):
  • http://eprints.uthm.edu.my/125... (external link)
  • http://eprints.uthm.edu.my/125... (external link)
  • Suggested articles

    Preview


    To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.