Skip to main content
Article thumbnail
Location of Repository

Kesesuaian penggunaan perisian pendidikan berbentuk cd rom dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

By Noor Azlina Hashim

Abstract

Teknologi maklumat dan komunikasi (lCT) memainkan peranan yang penting dalam era globalisasi. Perkembangan ICT telah memberi perubahan dalam semua sektor termasuk sektor pendidikan. Berikutan dengan itu proses pengajaran dan pembelajaran dirancang supaya berlaku dalam persekitaran yang kondusifyang mengoptimumkan penggunan lCT. Sejajar dengan itu, maka kajian ini dijalankan dengan matlamat untuk mereka bentuk dan mengkaji kesesuaian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer iaitu dengan menggunakan perisian pendidikan. Perisian ini dibina menggunakan alat pengarangan Microsoft Frontpage 2000. Ujian pra dan pasca dijalankan terhadap 30 orang responden untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan pencapaian pelajar dalam kedua-dua ujian tersebut. Untuk meninjau sama ada perisian tersebut sesuai digunakan dalam proses pembelajaran, soal selidik diedarkan kepada responden yang sama. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan statistik yang signifikan terhadap pencapaian ujian pra dan pasca yang dijalankan. Hasil kajian juga rnendapati bahawa perisian yang dibangunkan sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Topics: LB1024 Teaching (Principles and practice)
Year: 2002
OAI identifier: oai:eprints.uthm.edu.my:964

Suggested articles


To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.