Skip to main content
Article thumbnail
Location of Repository

Kajian Penggunaan Modul Pembelajaran Elektronik Mata Pelajaran Pengurusan Penyeliaan (C523) Ke Atas Pelajar-Pelajar Kursus Perkhidmatan Bangunan, POLIMAS.

By Daros Mohd Nazri

Abstract

Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang besar dengan kehadiran era teknologi maklumat. Kehadiran komputer di dalam dunia pendidikan sememangnya tidak dapat dielak lagi. Sememangnya kehadiran komputer sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) berpotensi untuk dibangunkan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Namun, penggunaan komputer sebagai medium pengajaran dan pembelajaran masih tidak digunakan dengan meluas di politeknik-politeknik seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan terutamanya untuk meninjau keberkesanan penggunaan Modul Pembelajaran Elektronik (MPE) Pengurusan Penyeliaan (C523) di kalangan pelajar-pelajar kursus Diploma Perkhidmatan Bangunan, POLIMAS. Perisian yang digunakan bagi membangunkan modul ini ialah Microsoft Frontpage. Kaedah soal selidik digunakan untuk menjalankan kajian ini dan dianalisis dengan menggunakan perisian " Statistical Package for Social Science " (SPSS). Hasil dapatan kajian menunjukkan Modul Pembelajaran Elektronik yang telah dihasilkan telah mencapai objektif yang telah digariskan dimana min skor bagi objektif yang pertama ialah 3.95, objektif kedua 4.24 dan objektif ketiga 3.84

Topics: LB1024 Teaching (Principles and practice)
Year: 2003
OAI identifier: oai:eprints.uthm.edu.my:950

Suggested articles


To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.