Location of Repository

Pembinaan pakej trainer board mikro pengawal 16F84 : kajian terhadap kesesuaian penggunaanya sebagai ABBM bagi mata pelajaran Sistem Mikropemproses dan Mikro Pengawal di kalangan pelajar Kejuruteraan Elektrik pada peringkat ijazah pertama di KUITTHO

By Mohd. Kamal Hat

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana Trainer Board Mikropengawal 16F84 ini boleh digunakan sebagai ABBM dan dilaksanakan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Fakulti Kejuruteraan Elektrik KUiTTIIO, Batu Pahat Johor Darul Takzim. Penyelidikan ini adalah satu kajian kes berbentuk deskriptif dan inferensi. Seramai 30 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Sistem Mikropemproses dan Mikropengawal telah di pilih secara rawak sebagai responden untuk kajian ini. Satu set borang soal selidik telah diedarkan bagi digunakan untuk mendapatkan data kajian. Data-data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan SPSS VIO.O . Tiga item yang yang di nilai oleh pelajar adalah dari aspek sifat mesra pengguna, kesesuaian penggunaan perisian dan kebolehlaksanaannya. Hasil kajian melaporkan dapatan yang diperolehi berkenaan penerimaan terhadap trainer board. Keputusan Skor min yang diperolehi menunujukkan penerimaan oleh pelajar adalah tinggi ( 4.111). Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan penerimaan yang positif terhadap Trainer Board Mikropengawal untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut

Topics: TJ Mechanical engineering and machinery
Year: 2004
OAI identifier: oai:eprints.uthm.edu.my:758
Download PDF:
Sorry, we are unable to provide the full text but you may find it at the following location(s):
  • http://eprints.uthm.edu.my/758... (external link)
  • http://eprints.uthm.edu.my/758... (external link)
  • Suggested articles

    Preview


    To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.