Location of Repository

Penilaian peta minda buzan berdasarkan rubrik analitik

By Tze Kiong Tee, Mimi Mohaffyza, Md Yunos Jailani, Baharom Mohamad, Widad Othman and Mei Heong Yee

Abstract

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ke atas kemahiran berfikir aras tinggi adalah suatu cabaran hebat kerana kualiti pelajar harus diteliti termasuklah keputusan dan hasil kerja mereka (Thomas, 1992). Dalam pada itu, pengukuran dan penilaian ke atas pencapaian pelajar seperti ujian berbentuk objektif dan subjektif adalah tidak memadai. Dengan ini, kaedah penilaian harus dipelbagaikan untuk mengenal pasti tahap pencapaian sebenar pelajar (Chalupa, 1992). Menurut Tee et al. (2009a), terdapat pelbagai kaedah untuk menilai kemahiran berfikir. Antaranya adalah menggunakan ujian penilaian khusus yang telah dibangunkan, ujian pencapaian berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), rubrik dan kaedah penilaian lain yang bersesuaian seperti peta minda Buzan. Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir dapat membantu individu menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Peta minda Buzan merupakan salah satu alat berfikir yang paling popular dalam kalangan pelajar terutamanya dalam mengambil nota (Tee et al., 2009b). Artikel ini membincangkan kemahiran berfikir dan alat berfikir, khususnya peta minda Buzan dan membicarakan justifikasi menggunakan peta minda Buzan dalam mengambil nota. Di samping itu, fungsi dan kebaikan rubrik juga diterangkan. Akhir sekali, kriteria rubrik analitik peta minda Buzan sebagai instrumen untuk menilai hasil peta minda Buzan juga dimuatkan dalam artikel ini

Topics: LB1501 Primary Education
Year: 2010
OAI identifier: oai:eprints.uthm.edu.my:449

Suggested articles

Preview


To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.