Location of Repository

Penerapan kemahiran insaniah melalui program pertandingan ALTERA® UP-1 Board

By Zarina Tukiran, Norfaiza Fuad, Shamsul Mohamad, Khalid Isa, Siti Zarina Mohd. Muji, Siti Amely Jumaat, Ida Laila Ahmad, Masnani Mohamed and Jamaludin Jalani

Abstract

Bagi mengisi keperluan negara, pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan berkualiti yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malahan juga cemerlang dari segi sahsiah. Menyedari tentang kepentingan ini, pengurusan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) telah menubuhkan satu jawatankuasa kecil dinamakan Jawatankuasa Kecil Program Pembangunan Pelajar (PROPEMP) yang bertujuan sebagai medium di peringkat fakulti untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang relevan ke arah pembangunan sahsiah dan akademik pelajar. Salah satu usaha yang dijalankan oleh jawatankuasa ini adalah menganjurkan program berbentuk pertandingan yang dinamakan Altera® UP-1 Board Line Tracker Robot Competition Day. Program pertandingan ini dijalankan merentasi mata pelajaran Rekabentuk Sistem Digit yang menggunapakai konsep Project Oriented Problem Based Learning (POPBL) melibatkan 92 orang pelajar tahun 3 Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik semester dua sesi 2006/2007. Kertas kerja ini membincangkan peranan, pelaksanaan dan hasil program yang telah dijalankan dalam menerapkan kemahiran insaniah (KI) dalam meningkatkan pembangunan sahsiah pelajar. Hasil daripada maklumbalas pelajar didapati program ini berjaya mencapai objektifnya dalam menerapkan kemahiran insaniah serta memantapkan pengetahuan pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. Akhirnya, dapatan menunjukkan bahawa program Altera® UP-1 Board Line Tracker Robot Competition Day berupaya menjadi wadah dalam menerapkan KI dan seterusnya berjaya menyediakan pelajar dalam menghadapi dunia kerjaya kelak

Topics: TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Year: 2008
OAI identifier: oai:eprints.uthm.edu.my:115

Suggested articles

Preview


To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.