Kajian Tahap Kekuatan Mental Di Kalangan Atlet Karate Peringkat Universiti

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menguji dan membandingkan tahap kekuatan mental terhadap prestasi atlet karate. Subjek yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 8 orang (5 lelaki dan 3 perempuan) yang menyertai pertandingan di peringkat universiti. Atlet yang terlibat dibahagikan kepada kumpulan atlet berpengalaman melebihi 4 tahun dan atlet berpengalaman kurang daripada 4 tahun. Soal selidik kekuatan mental (MTQ) digunakan dalam kajian ini. Di dalam soal selidik kekuatan mental, 5 kriteria iaitu kebolehbalikan kesilapan, kawalan tekanan, tumpuan, keyakinan dan motivasi diuji. Hasil dapatan mendapati atlet berpengalaman lebih daripada 4 tahun mendominasi 3 kriteria iaitu kebolehbalikkan kesilapan, kawalan tekanan dan tumpuan berbanding atlet tahap pengalaman kurang daripada 4 tahun hanya mengatasi bagi kriteria motivasi. Manakala bagi criteria keyakinan, kedua-dua kumpulan menunjukkan keputusan yang sama

Similar works

Full text

thumbnail-image

Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

redirect
Last time updated on 15/07/2013

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.