Pengurusan data bersandarkan kepada masa adalah sangat penting dalam aplikasi-aplikasi sistem pengurusan alam sekitar. Kepentingan tersebut adalah untuk memastikan penyimpanan, capaian dan manipulasi terhadap data-data tersebut dapat dikendalikan dengan cepat dan berkesan. Fokus utama penyelidikan ini adalah terhadap capaian data bersandarkan masa. Isu yang mendapat perhatian penyelidik adalah meningkatkan masa capaian data. Isu ini berlaku di dalam satu sistem maklumatyang digunakan untuk menyimpan data hidrologi yang mana ia menggunakan sistem pangkalan data yang menggunakan kaedah kiub. Satu teknik telah dihasilkan iaitu Pengoptimuman Logikal Pangkalan Data Hubungan Berdasarkan Gabungan Kesamaan dan diimplementasikan
terhadap sistem pangkalan data yang sedia ada. Berdasarkan teknik pengoptimuman yang dihasilkan, penyataan pertanyaan akan dianalisa untuk menentukan dan memilih kemungkinan perlaksanaan paling optimum. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat peningkatan masa tindakbalas bagi capaian data
Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.